Browsing by Author "Mohd Amin, N."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemeliharaan Tulisan Jawi dan Penggunaan Tulisan Jawi di Media: Kajian Persepsi Pelajar Melayu di UNITEN(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mohd Amin, N. ;Abdul Rahman, N. A. ;Razali, W. N.Abdul Wahab, M. F.Penggunaan tulisan Jawi yang terhad di media telah menjadi cabaran baru kepada para pencinta tulisan Jawi. Pengaruh globalisasi serta persepsi masyarakat terhadap tulisan Jawi telah mewujudkan satu keadaan yang membimbangkan tentang tahap penggunaan tulisan Jawi terutamanya di media massa. Oleh itu, kajian ini berhasrat untuk mendapatkan persepsi dari kalangan pelajar Melayu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) berkaitan penggunaan tulisan Jawi di media massa. Objektif utama kajian ini adalah untuk menilai persepsi pelajar Melayu di UNITEN berkaitan usaha pemeliharaan tulisan Jawi dan penggunaan tulisan Jawi di media. Pelajar Melayu ini merupakan golongan muda yang mewakili generasi baru dalam masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan secara kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik sebagai sumber maklumat berkaitan isu yang dikaji. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden berpendapat bahawa tulisan Jawi perlu mendapat kedudukan yang baik di media massa. Antara cadangan penting yang diberikan oleh responden adalah peranan pihak berkuasa tempatan untuk mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan iklan. Kajian ini penting sebagai bahan rujukan kepada pihak berkaitan untuk tindakan seterusnya sebagai salah satu usaha pemeliharaan tulisan Jawi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pelajar Melayu UNITEN berkaitan Kemahiran Menggunakan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu dan Tulisan Jawi sebagai lambang Identiti Bangsa Melayu Beragama Islam(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Abdul Rahman, N. A. ;Mohd Amin, N.Razali, W. N.Sejarah perkembangan tulisan Jawi sangat berkait rapat dengan penyebaran agama Islam daripada orang Parsi ke Kepulauan Melayu (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Tulisan Jawi dalam pembinaan tamadun Melayu, khususnya pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka telah digunakan dalam bidang persuratan sebagai cara untuk merakamkan segala khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu (Hashim Musa, 2005). Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka juga, kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan dalam bahasa Melayu merupakan salah satu identiti bagi bangsa Melayu beragama Islam (Nik Hassan & Wan Zana, 2015). Walau bagaimanapun, kajian Madihah Mohamad (2007) menunjukkan pelajar Melayu hari ini sudah tidak berminat membaca dan menulis menggunakan tulisan Jawi. Berdasarkan isu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Melayu di institusi pengajian tinggi (UNITEN) berkaitan kemahiran menggunakan tulisan Jawi sebagai salah satu lambang identiti bangsa Melayu, dan kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti bangsa Melayu beragama Islam. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai medium pengumpulan data, dan data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian mendapati, majoriti pelajar Melayu UNITEN yang terlibat dengan kajian ini bersetuju bahawa kemahiran menggunakan tulisan Jawi merupakan salah satu lambang identiti bagi bangsa Melayu di Malaysia. Hasil kajian juga menunjukkan sebilangan besar responden bersetuju kepentingan tulisan Jawi sebagai lambang identiti Melayu beragama Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Persepsi Pelajar Melayu UNITEN terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi di Pelbagai Peringkat Pendidikan di Malaysia: Sejauh Mana Usaha-usaha Meluaskan Pembelajaran Jawi Dapat Dilaksanakan?(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mohd Amin, N.Abdul Rahman, N. A.Shitiq dan Mahmud (2010) mendapati pelajar sekolah rendah hilang minat untuk belajar tulisan Jawi kerana mereka berpendapat tulisan Jawi sukar untuk difahami. Persepsi pelajar tersebut yang mengatakan bahawa tulisan Jawi sukar difahami telah menjadi cabaran utama ke arah pemeliharaan Jawi melalui cara menguasai kemahiran menggunakan tulisan Jawi. Bagi memelihara kewujudan Jawi sebagai sebahagian daripada budaya Malaysia terutama di kalangan orang Melayu, pelbagai usaha harus dilakasanakan terutama dalam bidang pendidikan dengan kepercayaan bahawa generasi muda harus meneruskan legasi Jawi. Perbincangan berkaitan isu tulisan Jawi dalam pendidikan di Malaysia akan dijelaskan melalui kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian yang ditimbulkan: 1) Apakah persepsi pelajar Melayu UNITEN terhadap usaha-usaha meluaskan pembelajaran Jawi di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia? Borang soal selidik yang mengandungi 15 pernyataan telah diberikan kepada 100 pelajar Melayu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (61% responden, M= 3.27, SP 0.815) percaya bahawa mata pelajaran Jawi perlu ditawarkan di semua peringkat pembelajaran seperti peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, supaya pembelajaran Jawi lebih komprehensif' (pernyataan 11) selain daripada diajar di pra-sekolah (pernyataan 3: M= 3.76, SP= 0.816). Jelas sekali, majoriti responden mempunyai persepsi positif terhadap inisiatif yang dicadangkan untuk memperkenalkan Jawi di pelbagai peringkat pendidikan di Malaysia sebagai persediaan untuk mempromosikan tulisan Jawi kepada komuniti yang lebih besar.