Browsing by Author "Mohd Anuar bin Mamat"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Adab-Adab Belajar Berdasarkan Manuskrip Melayu: Kajian Terhadap MSS 2906 (B) Tibyan AlMaram Ṭalibah Al-Talabah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29)Mohd Anuar bin MamatDewasa ini gejala sosial dalam kalangan pelajar ini semakin serius merebak, malah ia sudah menjadi isu yang saban hari dilaporkan dalam media massa. Masalah sosial pelajar yang terus menerus berlaku dan merunsingkan ini memberi isyarat tentang kelemahan pendidikan Islam dan juga adab dalam kalangan pelajar. Rungutan daripada guru juga saban hari kedengaran mengenai masalah adab ini dan hal ini juga dalam perhatian KPM selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang antara lain untuk menghasilkan pelajar beretika dan mempunyai identiti nasional berasaskan sumber dan jatidiri Melayu. Dengan ini, kajian manuskrip Melayu tentang adab pelajar amat sesuai dijadikan panduan dan model kepada pelajar dan identiti sebenar masyarakat Melayu-Islam selaras dengan penekanan Islam terhadap adab semasa belajar sebagai asas kecemerlangan pendidikan Islam. Tinjauan menunjukkan bahawa sarjana Alam Melayu juga menghasilkan banyak karya mengenai adab pelajar ini. Namun, karya yang dihasilkan tersebut sebahagiannya masih berstatus manuskrip, seperti kitab Tibyān al-Marām Ṭalibah al-Ṭalabah yang merupakan kitab terpenting dalam tema ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji manuskrip tersebut dan menganalisis adab belajar dalamnya. Dengan adanya kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah adab dalam kalangan pelajar selanjutnya meneroka kajian lanjutan berkaitan pendidikan Islam dalam khazanah warisan masyarakat Melayu-Islam