Browsing by Author "Mohd Faizal Bin Kasmani"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Implikasi Ketagihan Media Sosial Terhadap Kesihatan Mental Remaja Semasa Pandemik Covid-19(Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM, 2021) ;Abdul Rashid Bin Abdul Aziz ;Mohd Faizal Bin KasmaniNor Hamizah Binti Ab RazakWabak Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) telah mengubah cara hidup kebanyakan individu. Situasi terkini juga menunjukkan peningkatan trend masalah kesihatan mental yang membawa kepada tindakan bunuh diri. Rentetan dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 juga, jumlah pelayar media sosial melalui rangkaian internet dilihat semakin meningkat dan majoriti daripada mereka adalah dalam kalangan remaja. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk melihat implikasi media sosial terhadap aspek kesihatan mental remaja semasa pandemik COVID-19. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan literatur sistematik. Sebanyak 62 artikel daripada 170 artikel dalam pengkalan data Scopus, Social Sciences Citation Index (SSCI) dan Science Direct dari tempoh 2015-2021 telah terpilih. Artikel pilihan kemudian dianalisis dan dikategorikan mengikut skop kajian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih, mengenai isu ketagihan media sosial dan kesihatan mental dalam kalangan remaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai implikasi dari penggunaan media sosial terhadap remaja. Antaranya adalah tingkah laku langsang, buli siber, pornografi, berita palsu dan hasutan serta penipuan dalam talian. Selain itu juga, penggunaan media sosial turut menyumbang kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, panik, takut, stress dan kebimbangan. Oleh itu, kajian ini dilihat amatlah signifikan terutamanya kepada ibu bapa dan juga badan-badan terlibat serta masyarakat dalam mengatur strategi-strategi terpilih bagi berhadapan dengan implikasi negatif ketagihan media. Justeru, ibu bapa perlu mengamalkan gaya keibubapaan yang sesuai, manakala badan-badan terbabit seperti para pendidik, kaunselor dan masyarakat perlu memperkembangan pengetahuan moral remaja secara berterusan selain daripada memperkasakan peranan masing-masing. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Struktur Peluang dan Tindakan Kolektif: Kajian Kes Muslim di Britain dan Gerakan #Notinmyname(Penerbit USIM, 2022) ;Kartini Kamaruzzaman ;Siti Suriani Othman ;Mohd Faizal Bin KasmaniMohd Faizal KasmaniArtikel ini membincangkan gerakan #NotInMyName yang pertama kali dimulakan oleh sekumpulan Muslim di United Kingdom pada September 2014 yang bertujuan untuk bertindak balas terhadap kumpulan ekstremis disamping menangani radikalisasi yang berlaku di dalam talian. Penulisan adalah berdasarkan kajian kes dan temubual bersama 15 peserta kajian yang terdiri daripada aktivis, ketua komuniti, imam, katib, penulis, jurucakap komuniti Muslim dan wakil organisasi Muslim di Britain. Analisis berbentuk tematik dilaporkan menerusi aspek struktur peluang (opportunity structure) dan tindakan kolektif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat tiga struktur peluang utama yang memberi kesan terhadap mobilisasi sosiopolitik Muslim di Britain melalui gerakan #NotInMyName iaitu agensi Muslim dan Identiti, peranan teknologi dan media sosial serta peranan pemerintah, golongan elit dan individu berpengaruh