Browsing by Author "Mohd Huefiros Efizi Bin Husain"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hubungan Maslahah Al-Mursalah Kepada Pembangunan Belia Muslim Berintegriti Di Kawasan Perumahan : Satu Kajian Di Taman Senai Utama(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Mohd Huefiros Efizi Bin Husain ;Mohd Nasir Abdul MajidMuneer Ali Abdul RabBelia merupakan kumpulan pertengahan di antara kanak-kanak dan dewasa yang telah capai tahap pemikiran untuk mentadbir dan memajukan diri. Peranan belia Muslim dalam masyarakat dan negara telah dilihat sejak zaman para nabi lagi dengan mengemudi pelbagai aspek seperti pendidikan, pimpinan dan perniagaan. Ia bukan hanya menyambung tugas generasi sebelumnya, malah mereka dikatakan punca jatuh bangun sesebuah empayar. Belia Muslim hari ini perlu berani menyusun percaturan serta bijak bertindak agar tidak mandom dan kelihatan terkebelakang berbanding belia Muslim di negara-negara lain walau di mana sahaja mereka berada. Oleh itu, kajian ini bertujuan menghuraikan peranan kawasan perumahan Taman Senai Utama dalam proses membangunkan belia Muslim berintegriti yang cemerlang. Objektif kajian ini meneliti usaha membangunkan belia Muslim yang berintegriti di Taman Senai Utama bersandarkan kepada konsep maslahah al-mursalah. Selain itu, membongkar syarat-syarat maslahah al-mursalah dan kepentingannya terhadap tajuk di atas. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk menemui objektif kajian dengan pendekatan kaedah kepustakaan. Hasil penilaian ini mendapati maslahah al-mursalah mempunyai hubungan yang erat dalam membangunkan belia Muslim yang berintegriti di kawasan perumahan Taman Senai Utama dalam bidang pembangunan ilmu, keusahawanan dan interaksi sosial. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kelebihan Al-'Aqd di Kalangan Usahawan Francais Berlainan Agama(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Mohd Huefiros Efizi Bin Husain ;Noor Naemah Binti Abdul RahmanNor Fahimah Binti Mohd RazifPembentukan al-'aqd dalam perniagaan ditunjangi kehendak syara' bagi memastikan kebajikan setiap pihak berakad dijamin dan sesuatu matlamat yang disasarkan dapat dicapai dengan sempurna. Al-'aqd yang mewakili kepada pelaksanaan kontrak, menuntut kepada pematuhan di atas persepakatan sepanjang tempoh ia berlangsung. Keperluan al-'aqd ditonjolkan melalui ciri-ciri dan syarat tertentu mengikut disiplin muamalat Islam merangkumi pelbagai sudut bermula daripada sighah, pelaksana akad, perkara diakadkan dan kesan terhadap hukum. Kelebihan mematuhi prinsip ini bukan hanya dibuka kepada usahawan di kalangan muslim sahaja, bahkan secara menyeluruh merentasi agama, adat dan budaya. Manakala perniagaan francais pula, merupakan perniagaan yang dijalankan bersandarkan kepada kontrak sepenuhnya terutama kepada hubungan di antara pemberi dan penerima francais. Pelbagai isu melibatkan kontrak francais berlaku di kalangan pengusaha perniagaan tersebut di Malaysia merangkumi bermacam jenis produk dipasarkan. Melihatkan kepada isu yang berbangkit, maka kajian ini menemukan kelebihan prinsip al-'aqd kepada usahawan francais yang terdiri daripada agama berbeza. Oleh itu, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif untuk mencapai objektif kajian dengan melibatkan kaedah kepustakaan dari pelbagai rujukan dan sesi temu bual bersama mereka yang berkenaan dengan perniagaan francais. Hasil kajian mendapati al-'aqd menawarkan kelebihan yang mampu memberi kemanfaatan kepada pihak berkontrak dalam francais sama ada di kalangan muslim atau sebagainya mencakupi pemilihan pihak berkontrak, penjelasan bentuk penawaran dan penerimaan serta kesan yang akan diterima untuk jangka masa panjang. Kajian ini mencadangkan agar al-'aqd dapat diperkenalkan dengan berkesan dan kesedaran ke atas pelaksanaan prinsip ini dipertingkatkan kepada lebih ramai pengusaha francais bagi memastikan pihak berkontrak mengenalpasti hak dan batasan dalam sesebuah kontrak dengan sewajarnya berpandukan kepada ajaran Islam sebenar - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication المصلحة المرسلة وتطبيقاتها في المسلسلات الملايوية من قناة الهجرة الماليزية (TV AlHijrah)(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018-09)Mohd Huefiros Efizi Bin HusainThere is a wide range of concerns and requirements of each passage of time based on the ever-changing interests in ensuring a better life from time to time. Thus, this scholars saw the need for having tried to find answers and resources to introduce new law on the subject that appears without law clearly visible through the verses before in up holding Islam in the face of the earth. Hence, al-Maslahah al-Mursalah aims to realize the needs of people to the problems of the new laws. However al-Maslahah al-Mursalah stand on its own principles. This study dismantling the concept al-Maslahah al-Mursalah and its application in the malay's drama on TV AlHijrah of Malaysia due there still has no specific requirements in the selection of dramas to be broadcast on television stations. In addition the function and importance of stories on television today very closely as people who have a certain plasticizers. While the story being studied by researchers is "Cinta dan Wahyu" and "Kemboja Di Hati". To achieve the results of this research, using qualitative methodology that focus on the reading of related journals, various reference sources, churning the arguments of the Usuliyyin and analyzing data through the content in the drama involved. Then, the researchers relate to the application of the concept of al-Maslahah al-Mursalah. The findings show that the dramas on TV AlHijrah present the contents of the community today, aimed at achieving the objective of providing benefits to humans. Thus, the researcher identifies the application of al-Maslahah al-Mursalah to forty three things only published through two of the selected drama titles. In addition the researchers have succeeded in forming the al-Maslahah al-Mursalah principles in an Islamic drama on televisyen that is not contrary to syarie's laws, fulfilling syariah requirements, bringing benefits and avoiding all harm, fulfilling current and surrounding needs as well as being practiced for whole society.