Browsing by Author "Mohd Radzniwan Bin A Rashid"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Pelaksanaan Hibah Bagi Kes-kes Maradh Al-Mawt COVID-19 Dalam Kalangan Orang Islam Di Malaysia(USIM Press, 2021-06) ;Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail ;Mohd Radzniwan Bin A Rashid ;Muhammad Aunurrochim Bin Mas'ad Saleh ;Syahirah Binti Abdul Shukor ;Lukman Bin Abdul Mutalib; ;Zulfaqar Bin Mamat ;Norma JusofMohamad Aniq Aiman AliasPandemik COVID-19 2019-20 secara global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di Bandaraya Wuhan, Hubei China dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Secara umumnya, pandemik COVID-19 boleh membawa maut kepada penghidapnya dan hingga ke saat ini, pakar perubatan belum menemui ubat atau rawatan secara spesifik kepada pesakit COVID-19. Walau bagaimanapun, setakat ini perbincangan mengenai hibah bagi kes maradh al-mawt bagi pesakit COVID-19 belum diperbincangkan kerana ia merupakan isu yang baru melanda dunia hari ini. Kajian ini akan membincangkan konsep pandemik COVID-19 menurut klinikal dan juga menurut pandangan fiqah. Selain itu juga, perbincangan dibuat mengenai konsep maradh al-mawt menurut fiqah dan perundangan semasa. Penjelasan turut dibuat mengenai status penghidap COVID-19 kategori penyakit terminal atau maradh al-mawt menurut fiqah diikuti beberapa kes yang pernah dilaporkan berkenaan maradh al-mawt. Akhir sekali Huraian juga akan menyentuh mengenai kesan hibah yang dibuat bagi pesakit COVID-19 sekira telah mencapai tahap kritikal. Hasilnya, hibah yang dibuat oleh pesakit COVID-19, boleh dikategorikan sebagai hibah maradh al-mawt sekiranya pakar perubatan telah mengklasifikasikan keadaan semasa pesakit tersebut telah sampai ke tahap kritikal.