Browsing by Author "Mohd Rizal Palil"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tanggung Jawab Sosial Korporat Terhadap Pekerja Dan Prestasi Ekonomi Syarikat Di Indonesia Dalam Kontek Kesatuan Sekerja(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-10) ;Dina Madinah ;Mara Ridhuan Che Abdul Rahman ;Mohd Rizal PalilShifa Mohd NorMenurut Teori Pihak Berkepentingan Freeman (1984), pihak berkepentingan merupakan pihak yang dapat dipengaruhi dan mempengaruhi pencapaian objektif syarikat. Pekerja merupakan pihak berkepentingan yang kritikal dalam kegiatan operasi bagi mencapai prestasi ekonomi. Oleh itu, amat penting bagi syarikat untuk memperhatikan kepentingan para pekerja bagi memastikan sumbangan berterusan mereka ke atas prestasi ekonomi syarikat. Tumpuan syarikat ke atas tanggungjawab sosial pekerja akan lebih jelas bila wujud kehadiran kesatuan sekerja dan sekaligus menambahkan lagi kesan positif prestasi syarikat. Oleh itu, kajian ini akan melihat pengaruh tanggungjawab sosial kepada pekerja terhadap prestasi ekonomi syarikat iaitu pulangan keatas aset, pertumbuhan jualan dan produktiviti pekerja melalui kesan moderasi kesatuan sekerja. Terdapat empat dimensi tanggungjawab sosial iaitu gaji dan kesejahteraan, pendidikan dan latihan, kesihatan dan keselamatan kerja, kesamaan jantina, kaum dan agama. Laporan tahunan syarikat tersenarai di papan utama Bursa Saham Indonesia bagi tahun 2015, 2016 dan 2017 digunakan dalam kajian ini bagi mengukur pelaksanaan tanggungjawab sosial ke atas pekerja. Terdapat 297 laporan tahunan dinilai yang terbahagi kepada 132 syarikat dengan kesatuan sekerja dan 165 syarikat tanpa kesatuan sekerja. Dapatan kajian menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara tanggungjawab sosial dan terhadap prestasi ekonomi dan menariknya hubungan lebih kuat pada syarikat yang mempunyai kesatuan sekerja berbanding pada syarikat tanpa kesatuan sekerja. Dapatan kajian juga menyokong dapatan kajian sebelumnya yang menyatakan bahwa kehadiran kesatuan sekerja sebagai wakil para pekerja dapat mengadakan dialog dan perundingan bersama pihak syarikat bagi terpenuhinya kepentingan dan hak-hak para pekerja. Ini bagi mewujudkan hubungan harmoni dan dinamik diantara para pekerja dengan pengurus syarikat sehingga tercapainya prestasi ekonomi syarikat.5 38