Browsing by Author "Mohd Salleh, M. M."
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemanfaatan Tanduk Rusa Baldu Untuk Tujuan Perubatan Menurut Perspektif Halal dan Haram(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mohd Salleh, M. M.Mohd Subri, I.Tanduk rusa baldu merupakan antara bahan penting yang dimanfaatkan dalam bidang perubatan herba tradisional di kebanyakan negara asia, termasuk di Malaysia. Bagaimanapun, timbul ketidakpastian hukum terhadap ubat tanduk rusa baldu yang dipotong ketika masih hidup, iaitu sama ada ia boleh dikategorikan sebagai produk yang halal atau haram untuk dimanfaatkan, lantaran wujud konflik fatwa di Malaysia mengenainya. Objektif kajian ini adalah bagi menganalisis hukum ubat daripada tanduk rusa baldu menurut perpektif halal dan haram. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kualitatif digunakan menerusi pendekatan analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati antara punca perbezaan pendapat fuqaha dalam menentukan hukum tanduk yang dipotong semasa hidup adalah disebabkan ijtihad mereka yang berbeza terhadap tanduk haiwan, iaitu sama ada ia termasuk dalam kategori anggota yang menyakitkan jika dipotong atau tidak menyakitkan. Berdasarkan maklumat saintifik dan pemerhatian, terbukti bahawa tanduk rusa baldu adalah sejenis anggota yang bersaraf dan menyakitkan jika dipotong ketika hidup, dan tidak boleh disamakan dengan kes bulu haiwan halal. Justeru, produk perubatan berasaskan tanduk rusa yang diperolehi secara kaedah pemotongan tersebut adalah haram dan najis. Sebagai alternatif, pengambilan tanduk rusa menerusi kaedah penyembelihan secara syarak boleh menukar statusnya menjadi produk yang halal. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pewarna Makanan dari Serangga (Cochineal) Menurut Perspektif Halal: Analisis Fatwa di Beberapa Negara ASEAN(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020) ;Mohd Salleh, M. M. ;Ahmad, N. M.Ahmad Fadzillah, N.Bahan pewarna yang digunakan dalam produk makanan dan minuman masakini bukan hanya berasal dari bahan tumbuhan atau bahan kimia, tetapi juga diperolehi dari bahan haiwan, termasuk serangga. Salah satunya ialah serangga jenis cochineal yang menghasilkan warna merah pekat dan banyak dimanfaatkan oleh industri makanan dan kosmetik. Sehubungan itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Majelis Ulama Indonesia telah mengeluarkan fatwa bahawa penggunaannya adalah halal. Sebaliknya, Jabatan Mufti Negara Brunei Darussalam memutuskan fatwa yang berlawanan iaitu haram. Kewujudan fatwa yang berbeza dalam aspek halal dan haram sudah pasti menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna Islam. Artikel ini bertujuan menganalisis fatwa-fatwa mengenai bahan pewarna cochineal di beberapa negara ASEAN terpilih iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Metodologi yang digunakan ialah analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa faktor yang membawa kepada perbezaan fatwa iaitu, i.e- kefahaman berbeza berhubung status kenajisan bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir, penggunaan metodologi istinbat fatwa yang berbeza antara negara, dan pertimbangan maslahah dan mudarat kepada pengguna. Penyelarasan fatwa boleh digerakkan di peringkat negara ASEAN menerusi pemerkasaan badan halal yang dianggotai oleh empat negara iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura (MABIMS). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Right To Gamble: An Analysis Of Gambling 'Industries' In Malaysia From Constitutional And Legal Perspectives(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Ahmad, N. M. ;Mohd Salleh, M. M.Ab. Halim, M. 'Afifi.This article aims to analyse the gambling activities in Malaysia against the backdrop of human rights and federal constitution. It instigates for effective efforts to be carried out to, at least, minimise the gambling activities, if not to stop them totally. Based on limited sources in the existing literature, this article initially identifies the definitions of gambling and its status from the perspectives of Islam and other religions. It then examines whether gambling is consistent with the very notion of freedom of religion in this country which makes Islam as its religion. Furthermore, to get an accurate perspective of this ‘industry’ and the laws related to it, this article analyses some selected prominent gambling companies and the existing laws followed by some recommendations for solutions. In sum, this article affirms that gambling is neither a good habit nor does it represent the culture of Malaysian people. It in fact contributes towards social ills within the society and therefore needs to be strongly combated.