Browsing by Author "Mohd Subri, I."
Now showing 1 - 6 of 6
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Iktikaf di Surau: Kajian Terhadap Keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Mohd Subri, I. ;Abd Khafiz, H.Mahaiyadin, M. H.Artikel ini mengkaji tentang keputusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, Wilayah Persekutuan mengenai hukum iktikaf di surau. Terdapat dua keputusan (fatwa) yang berbeza dalam isu ini. Yang pertama membenarkan iktikaf dilakukan di surau. Namun selepas 12 tahun pendapat ini dirombak semula dan hasilnya iktikaf tidak dibenarkan dilakukan di surau. Asas perbezaan fatwa tersebut merujuk kepada tafsiran makna masjid dan aplikasinya terhadap status surau atau musalla di Malaysia sebagai tempat ibadat setaraf dengannya. Kajian ini membuat perbandingan antara dua keputusan yang berbeza itu. Seterusnya ia menganalisa semula maksud perkataan musalla dan masjid yang disebut dalam hadis Rasulullah S.A.W daripada perspektif pelbagai mazhab bagi menemui kefahaman jelas mengenai status surau-surau tempatan. Hal ini bertujuan memperluaskan ruang pelaksanaan beberapa ibadat sunat contohnya seperti iktikaf. Hasil kajian mendapati, keputusan pertama yang berpandangan iktikaf di surau biasa atau surau yang didirikan solat Jumaat adalah sah dilakukan, lebih sesuai untuk diamalkan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Langkah Pencegahan Pandemik Covid 19 Melalui Perintah Kawalan Pergerakan:Satu Maslahah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020)Mohd Subri, I.Sejenis Coronavirus baharu yang dikenali sebagai COVID-19 telah menyerang dunia termasuk di Malaysia. Menurut Pertubuhan Kesihatan dunia (setakat 31 Mac 2020), COVID-19 telah menyebabkan kematian sebanyak 36,405 mangsa. Artikel ini cuba membincangkan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung wabak COVID-19. Artikel ini menggunakan metode analisis dokumen dengan merujuk kepada beberapa buku, jurnal, laman web dan Youtube. Dapatan kajian mendapati bahawa Perintah Kawalan Pergerakan menepati maslahah atau kebaikan yang dianjurkan oleh Syariat Islam demi menjaga kesihatan dan nyawa masyarakat awam daripada COVID-19 di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pemanfaatan Tanduk Rusa Baldu Untuk Tujuan Perubatan Menurut Perspektif Halal dan Haram(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mohd Salleh, M. M.Mohd Subri, I.Tanduk rusa baldu merupakan antara bahan penting yang dimanfaatkan dalam bidang perubatan herba tradisional di kebanyakan negara asia, termasuk di Malaysia. Bagaimanapun, timbul ketidakpastian hukum terhadap ubat tanduk rusa baldu yang dipotong ketika masih hidup, iaitu sama ada ia boleh dikategorikan sebagai produk yang halal atau haram untuk dimanfaatkan, lantaran wujud konflik fatwa di Malaysia mengenainya. Objektif kajian ini adalah bagi menganalisis hukum ubat daripada tanduk rusa baldu menurut perpektif halal dan haram. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kualitatif digunakan menerusi pendekatan analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati antara punca perbezaan pendapat fuqaha dalam menentukan hukum tanduk yang dipotong semasa hidup adalah disebabkan ijtihad mereka yang berbeza terhadap tanduk haiwan, iaitu sama ada ia termasuk dalam kategori anggota yang menyakitkan jika dipotong atau tidak menyakitkan. Berdasarkan maklumat saintifik dan pemerhatian, terbukti bahawa tanduk rusa baldu adalah sejenis anggota yang bersaraf dan menyakitkan jika dipotong ketika hidup, dan tidak boleh disamakan dengan kes bulu haiwan halal. Justeru, produk perubatan berasaskan tanduk rusa yang diperolehi secara kaedah pemotongan tersebut adalah haram dan najis. Sebagai alternatif, pengambilan tanduk rusa menerusi kaedah penyembelihan secara syarak boleh menukar statusnya menjadi produk yang halal. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pendekatan Maslahah dalam Pemfatwaan di Malaysia: Kajian Terhadap Fatwa Terpilih(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mahmad Robbi, A. A. ;Mohamad Nasir, N.Mohd Subri, I.Memahami Maqasid Syariah merupakan tuntutan asas bagi setiap mufti. Hal ini kerana mufti bertanggungjawab dalam hal-hal menjelaskan fatwa kepada masyarakat. Bagi menjawab persoalan masyarakat, jawapan yang dikemukakan mestilah selari dengan pendekatan Maqasid Syariah. Antara tuntutan Maqasid Syariah dalam fatwa ialah mengangkat kesukaran dan kepayahan. Oleh itu, kajian ini menjelaskan hubungan antara mufti dan kefahaman terhadap kaedah maslahah dalam hal-hal kefatwaan. Kajian ini menggunakan pendekatan metode kualitatif iaitu dengan menganalisis data-data dan maklumat yang dikumpul dari pelbagai wasilah, antaranya penulisan sarjana silam dan kontemporari, jurnal-jurnal dan laman sesawang. Berdasarkan kajian, penulis mendapati bahawa kaedah maslahah ini merupakan pendekatan yang biasa digunakan sebagai kayu ukur ketepatan fatwa dalam sesuatu isu. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penentuan Agama Kanak-Kanak Apabila Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam Menurut Perspektif Undang-Undang Dan Syariah: Kajian Kes Indira Gandhi A/P Mutho(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Abd Rahman Shah, H. ;Mohd Ali, N., Hassan, Z. ;Baharuddin, A. S. ;Mohd Subri, I.Roslan, S. R. A.The determination of the religion of the child has become an issue when one of the parents converts into Islam. This often results to disputes on the custody in court, which could give a grave impact on the welfare and the best interest of the child. In the Malaysian legal setting where both the civil and syariah courts co-exist in their respective spheres, there are nevertheless arguments on the overlapping jurisdictions or grey areas in respect to issues such as conversion and family law. This article analyses the decision of the Federal Court in the case of�Indira Ghandi A/P Mutho [2018], its background, issues of judicial review, the jurisdiction of the Syariah courts, registration of conversion, consent from parent(s) and decisions from other related cases. It also studies the development of Islamic law on the issue of conversion, which includes juristic views from the major school of thoughts (mazahib), contemporary Islamic rulings (fatwa) and the official rulings of the National and State Fatwa Committee. This article provides suggestions for the issue in question, from both legal and shariah perspectives. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication التوجيهات المقترحة على ضوء مقاصد الشريعة لإنهاء الحمل جراء اكتشاف الثلاسيميّة بيتا الكبرى خلال عمليّة الرعاية الصّحّيّة في ماليزيا(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Mokhtar, A. W. ;Mohd Subri, I. ;Abdurrazzaq, A. A. ;Wan Ismail, W. A. F. ;Masri, M. A. ;Che Isahak, C. I. ;Azmi, A. N. ;Ghazali, R.This article explores some ethico-legal issues regarding the termination of pregnancy as a result of B-thalassemia, with concentration on what Maqasid ash-Shariah has offered complementarily to the ethical framework. Thus, the study is greatly important, because it is concerned with one of the contemporary issues given much attention by the specialists in the fields of medicine and Islamic law. And hopefully, it would be of help to all Muslim medical practitioners, as it disentangles all the obscure matters that might be confronting them while carrying out their civic duty in the society. To be precise, the research mainly sheds more light on the term “thalassemia” and how it negatively affects the human health, especially at the fetal stage. It explains the most appropriate solution to the termination of pregnancy due to the prenatal diagnosis and the ethico-legal issues relating to the termination of pregnancy as a result of thalassemia. Finally, it brings into view the relevance and importance of Maqasid al-Shariah to the healthcare in the recent time.