Browsing by Author "Mohd Tarmizi Samat"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Punca dan Kesan Buli di Tempat Kerja Terhadap Kesejahteraan Diri: Satu Kajian Kes(Penerbit USIM, 2024); ;Mohd Tarmizi Samat ;Amin Al Haadi Shafie ;Mohd Azrin Mohd Nasir ;Warlan SukandarAnita IsmailIsu buli bukanlah satu isu baru dalam kehidupan. Sama ada kanak-kanak atau dewasa tetap akan berhadapan dengan isu buli. Isu dapat berlaku di mana saja dan bila-bila masa termasuk di alam pekerjaan. Pembulian di tempat kerja berlaku dalam pelbagai cara sama ada secara fizikal atau mental. Justeru, kajian ini dilakukan untuk melihat implikasi buli terhadap kesejahteraan mental dan punca buli berlaku dalam organisasi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara kajian kes untuk memperoleh dan menganalisis data. Dengan menggunakan kaedah ini, pengkaji dapat menggali perasaan, emosi, dan pemikiran peserta yang terlibat dalam kajian buli di tempat kerja. Hasil kajian mengeluarkan empat tema utama bagi implikasi buli terhadap kesejahteraan mental. Empat tema tersebut adalah 1) kesan biologi fisiologi, 2) kesan psikologi- tekanan, 3) kesan produktiviti- kerja, dan 4) kesan kehidupan - keluarga. Manakala terdapat enam indikator bagi punca buli yang diperolehi dari dapatan kajian iaitu, 1) personaliti diri, 2) cemburu dan iri hati, 3) politik kerja, 4) persekitaran toksik, 5) perebutan kuasa dan pangkat, dan 6) lemah penghayatan agama. Justeru, intervensi yang berkesan haruslah dibina bagi menangani isu ini termasuk kesedaran tentang kesan buli kepada mental dan mempromosikan budaya kerja yang baik dan positif.