Browsing by Author "Mohd Yahya bin Mohamed Ariffin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Strategi Berkesan dalam Mengekal Hubungan Positif dengan Petugas Media dalam Konteks Perhubungan Media di Malaysia(Penerbit USIM, 2023) ;Mohd Yahya bin Mohamed Ariffin ;Mohd Faizal KasmaniMuhammad Zaki bin MustafaPerhubungan media banyak dicorakkan oleh keupayaan pengamal perhubungan awam mengurus dan membina kerjasama bagi pihak organisasi atau klien dengan petugas media. Sangat penting untuk mereka mewujudkan dan mengatur hubungan positif dengan pihak media. Objektif makalah ini untuk menganalisis strategi-strategi berkesan dalam mengekal hubungan baik dengan petugas media dalam konteks perhubungan media di Malaysia. Dalam proses mendampingi media ini, seseorang pengamal perhubungan awam perlu mengetahui peranan dan tugas yang perlu dimainkan. Peranan dan tugas ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu sebelum, semasa, dan selepas program diadakan. Semasa berlaku krisis, pengamal perhubungan awam perlu bertindak pantas dan bersiap sedia khususnya dalam menangani maklum balas dan pertanyaan pihak media dan masyarakat. Mengurus media dalam situasi krisis merupakan elemen yang sangat kritikal. Hal ini kerana pihak media amat sensitif dan berminat untuk melaporkan kejadian berbentuk krisis kerana ia adalah bahan berita yang bernilai. Terdapat beberapa strategi hubungan media yang digariskan oleh para sarjana perhubungan awam yang sesuai dipraktikkan di negara ini. Pengamal perhubungan awam harus mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan hubungan positif dengan petugas media supaya publisiti yang dilakukan mencapai objektif organisasi atau klien.