Browsing by Author "Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahfiz Al-Quran Pantas Malaysia: Antara Keperluan, Cabaran Dan Solusi(Penerbit USIM, 2023) ;Mohd Shamsul Hakim bin Abd Samad ;Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff ;Sedek bin AriffinKhairul Anuar Bin MohamadPenawaran Program Tahfiz al-Quran Pantas mula memasuki dunia pendidikan tahfiz di Malaysia secara agresifnya bermula tahun 2018. Penawaran program tahfiz pantas ini telah menerima pandangan yang berbeza di kalangan masyarakat sama ada menerimanya atau menolaknya sebagai satu bentuk penawaran yang baharu bagi pendidikan tahfiz di Malaysia. Ia dilihat berbeza daripada penawaran program-program dan kaedah-kaedah tahfiz konvensional khususnya dari segi peruntukan masa menghafaz, jangkaan melengkapkan hafazan al-Quran selain pembahagian silibus harian, mingguan dan bulanan, kaedah pelaksanaannya dan lain-lain. Dalam keadaan ini, sambutan terhadapnya tetap ada menerusi pelbagai program seumpamanya yang ditawarkan kepada masyarakat di Malaysia khususnya menerusi program-program berbayar selain turut ditawarkan di sebahagian institusi pendidikan tahfiz kendalian pihak swasta mahu pun kerajaan. Justeru, bagi menilai dan merektifikasi perkara ini, satu kertas kerja disediakan bagi menilai antara keperluan penawaran program tahfiz pantas ini di Malaysia, cabaran-cabaran seterusnya mencadangkan solusi-solusi bagi setiap isu yang dibangkitkan seandainya wujudnya kewajaran penawaran program ini dalam konteks masyarakat di Malaysia.