Browsing by Author "Mohd Yusri Mohd Yusof"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep Kawalan Kendiri dan Kualiti Kehidupan bagi Mencegah Relaps Ketagihan Dadah dalam kalangan Tahanan(Secholian Publication, 2021-07); ;Mohd Yusri Mohd Yusof ;Mohd Isa AmatMuhd Nubli Abdul WahabStatistik penagihan dadah dilihat amat membimbangkan kerana terdapat peningkatan jumlah penagih dadah yang begitu ketara dari tahun ke tahun. Situasi initambah parah apabila berlakunya penagihan semula atau relaps di mana penagih menggunakan semula dadah selepas selesai menjalani program rawatan dan pemulihan sama ada di institusi atau komuniti. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi bekas penagih untuk relaps. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau konsep kawalan kendiri dan kualiti kehidupan dalam mencegah relaps ketagihan dadah dalam kalangan tahanan di Pusat Pemulihan. Maklumat yang diketengahkan adalah berdasarkan kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan. Konsep kawalan kendiri telah diadun bersama teori Quality of Life(QoL) melalui aplikasi Model CASIO bagi merungkai permasalahan yang wujud ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 4 elemen dalam pencegahan relaps berdasarkan konsep kawalan kendiri iaitu sokongan sosial, motivasi diri, regulasi kendiri dan peneguhan spiritual. Manakala terdapat lima strategi dalam kualiti hidup yang dapat menghindarkan daripada berlakunya relaps iaitu keadaan hidup, sikap penagih, standardkehidupan, kepentingan dalam kehidupan dan kepuasan hidup secara keseluruhan. Di Malaysia, kajian berkaitan kaedah pencegahan relaps melalui konsep kawalan kendiri dan kualiti hidup masih terhad dan minima. Oleh itu, kajian ini dapat menjadi satu platformdan sumber rujukan baru khususnya kepada pusat-pusat pemulihan dadah di negara ini bagi memastikan masalah relaps ini dapat diatasi dan dikurangkan