Browsing by Author "Mohd Yusuf bin Ismail"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Bibliometrik Terhadap Kajian Berhubung Rancangan Televisyen Berkonsep Keagamaan Di Malaysia(Penerbit UNIPSAS, 2023) ;Nur Afifi bin Alit ;Shumsudin YabiMohd Yusuf bin IsmailMedia penyiaran televisyen memainkan peranan signifikan dalam menyuburkan pendekatan dakwah Islamiah di Malaysia. Perkembangan positif ini telah menyaksikan kerancakan penyiaran rancangan berkonsepkan keagamaan seiring dengan peningkatan minat penonton terhadapnya, dan kemudahan tenaga kerja yang membantu pihak berkepentingan dalam merealisasikan usaha murni ini. Hal ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan penyelidikan berhubung lapangan ini bagi penyediaan input dan data berautoriti kepada pihak yang berkepentingan. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk untuk mengenalpasti dan mengklasifikasi literatur berkaitan rancangan keagamaan televisyen di Malaysia. Metodologi digunakan adalah berpandukan analisis bibliometrik terhadap kajian dalampelbagai bentuk seperti tesis, disertasi, latihan ilmiah, artikel jurnal, kertas prosiding, bab dalam buku dan buku. Data-data ini diperoleh menerusi carian kata kunci seperti rancangan keagamaan, drama dan filem, media penyiaran, yang dilakukan menerusi pangkalan data artikel ilmiah, perpustakaan, dan laman sesawang berhubung topik kajian. Hasil kajian menemui sejumlah 124 literatur berhubung topik kajian, melibatkan pelbagai jenis dan tema perbincangan, yang dihasilkan samada yang berbahasa melayu atau berbahasa inggeris. Dapatan kajian memberikan gambaran keperluan menjalankan penyelidikan lanjut melibatkan kajian analisis terhadap tahap autentik kandungan rancangan keagamaan, dan kajian lapangan terhadap keperluan dan kecenderungan penonton. Kajian jugadapat memberi implikasi positif kepada pihak berkepentingan dalam lapangan penyiaran keagamaan di Malaysia untuk menghasilkan rancangan keagamaan yang berdaya saing dengan konsep yang lebih menarik dan mudah difahami kandungannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication The Dimensions of Prophetic Medication(Human Resource Management Academic Research Society, 2023) ;Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan ;Mesbahul Hoque ;Zulhilmi Bin Mohamed NorMohd Yusuf bin IsmailDue to Prophetic medication intersects with the realm of modern medicine, offering a complementary approach to healthcare. Many individuals seek prophetic remedies alongside conventional medical treatments, and there is an emerging interest in researching the potential benefits of these practices. This paper aims to discuss about the diverse dimensions of prophetic medication, shedding light on its some significant categories which are the ethics, preventive, curative and the psychological and spiritual medication. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembinaan Garis Panduan Penyampaian Dan Penerimaan Hadith Dalam Rancangan Keagamaan Di Televisyen: Analisis Terhadap Kriteria Utama Diperlukan(IIUM Journal, 2023) ;Nur Afifi bin Alit ;Shumsudin YabiMohd Yusuf bin IsmailPenyampaian ilmu berkaitan hadith di Malaysia semakin berkembang pesat dalam pemodenan dunia masa kini. Proses kemajuan ini bukan sahaja dilihat daripada aspek kandungan dan bidang ilmu yang disampaikan malah meliputi kaedah yang digunapakai seiring dengan kemajuan teknologi semasa antaranya penyebaran dakwah melalui rancangan keagamaan di televisyen. Namun, kemudahan teknologi ini harus diselarikan dengan pengaplikasian kaedah pemantauan yang berkesan, dan medium penapisan yang efektif dengan mewujudkan garis panduan yang komprehensif bagi mengelakkan implikasi penularan negatif yang timbul akibat pengabaian elemen penting yang disebutkan. Justeru, kajian ini bertujuan menjelaskan keperluan dalam penetapan kriteria utama pembinaan garis panduan tersebut yang berupaya menjadi rujukan penting bagi pihak berautoriti dalam lapangan penyiaran televisyen berkonsepkan keagamaan, dan panduan untuk mereka yang terlibat dalam lapangan kontemporari ini secara keseluruhannya. Kajian ini menggunakan teknik penyelidikan perpustakaan dengan mengumpulkan data primer dan sekunder, dan dianalalisis secara analisis kandungan. Garis panduan yang akan dibina mestilah memenuhi beberapa kriteria seperti kandungan yang menyeluruh meliputi aspek riwayah dan dirayah hadith, penggunaan terma yang eksplisit, penyertaan dalil sebagai konsep asas pembinaan item kandungan, penyenaraian contoh kesalahan yang dilakukan ketika proses penyampaian dan penerimaan hadith, penetapan golongan sasaran bagi setiap bahagian kandungan garis panduan, dan pembentukan usaha pemantauan yang lebih sistematik. Hasil kajian mendapati keperluan terhadap aris panduan ini ditekankan agar objektif utamanya ialah menghindari polemik penggunaan hujah yang rapuh dalam penyampaian maklumat seperti penghujahan dengan hadith-hadith palsu dan salah faham terhadap hadith yang disampaikan.