Browsing by Author "Mohd. Aizuddin Abd. Aziz"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fatwa-Fatwa Berkaitan Pengurusan Ekonomi dan Kewangan Masjid(Universiti Sains Islam Malaysia, 2014) ;Asharaf Mohd. Ramli ;Abdullaah Jalil ;Norman Hamdan ;Asmaddy HarisMohd. Aizuddin Abd. AzizPengurusan dan pentadbiran masjid di Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN). Manakala pengurusan dan pentadbiran ekonomi dan kewangan masjid- masjid diurus oleh ahli jawankuasa masjid di bawah seliaan MAIN. Terdapat masjid-masjid yang mempunyai sumber ekonomi yang kukuh yang dijana oleh hasil aset-aset wakaf seperti tanah, bangunan dan peralatan yang disewakan selain kutipan tabung-tabung khas dan am seperti tabung hari Jumaat. Namun di dalam menguruskan dana-dana masjid yang adakalanya mencecah ratusan ribu ringgit, tidak terdapat garis panduan khas Shariah untuk diikuti oleh pihak pentadbiran masjid. Ini telah menyebabkan terdapat dana-dana masjid yang bernilai tinggi beku tidak dijana dengan sebaiknya. Justeru, objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisa fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh badan- badan fatwa samada di dalam (Malaysia) dan luar negara (Brunei) tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan pendapatan dan perbelanjaan dana-dana masjid. Dengan adanya garis panduan tersebut akan memudahkan pihak pengurusan masjid mentadbir dan mengurus dana-dana yang diperolehi. Artikel ini adalah sebahagian dari hasil penyelidikan yang dijalankan berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan masjid-masjid di Daerah Hulu Langat, Selangor.