Browsing by Author "Mokhtar, S. Z."
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Skim Agihan Zakat kepada Asnaf Fi Sabilillah Mengikut Maqasid Syariah: Kajian di Selangor dan Negeri Sembilan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Ab Rahman, A. ;Syed Mohd Najib Syed OmarMokhtar, S. Z.Fi sabilillah merupakan salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Pendekatan maqasid syariah dilihat sangat penting dalam pengagihan zakat kepada asnaf fi sabilillah bagi memastikan agihan zakat yang diberikan menepati pensyariatan dan hikmah tuntutan zakat. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai sama ada melengkapi keperluan asnaf berasaskan maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian ini akan membincangkan konsep maqasid syariah dalam konteks zakat serta menganalisis dan menilai skim agihan zakat kepada fi sabilillah berasaskan maqasid syariah di Selangor dan Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah dokumentasi. Hasil kajian mendapati secara umumnya skim-skim yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada fi sabilillah melengkapi setiap aspek maqasid syariah. Namun, semakan semula perlu dilakukan bagi memastikan skim-skim tersebut mengikut keutamaan lima prinsip maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi menilai setiap skim yang disediakan kepada 7 golongan asnaf dari semasa ke semasa agar selari dengan konsep maqasid syariah yang diutamakan dalam Islam. Kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada pihak Majlis Agama Islam di setiap negeri dalam melaksanakan sistem pengagihan zakat asnaf fi sabilillah secara berkesan dan telus.