Browsing by Author "Monika@Munirah Abd Razzak"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Bibliometrik Terhadap Bahan Penerbitan Berhubung Kapur Barus: Meneliti Potensi Penyelidikan Terbaru(Jurnal Intelek, UiTM Perlis, 2015) ;Mohd Farhan Md Ariffin ;Khadher Ahmad ;Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff ;,Khalijah Awang ;RozanaOthman ;Monika@Munirah Abd Razzak ;Raja Jamilah Raja Yusof ;Nurulwahidah FauziMohd Asmadi YakobKapur barus (camphor) merupakan khazanah alam semulajadi yang amat bernilai. Trendpenerbitan penyelidikan berkenaan kapur barus telah dikaji. Kajian ditumpukan kepada pengumpulan dan analisis kandungan terutamanya dalam bidang penyelidikan utama berhubungkapur barus. Merujuk hasil ̳literature review‘, pengkaji mendapati penyelidikan lepas mengenai kapur barus didominasi oleh artikel jurnal (65.6%) dan buku (26.2%). Melihatkan metode analisis yang pernah dilakukan, penyelidikan lepas berkenaan kapur barus kebanyakannya berkisar tentang analisis saintifik (kajian makmal). Bagi kajian sains sahaja, telah terbahagi kepada lima bidang kajian. Fokus aspek perbincangan saintifik terhadap kapur barus meliputi bidang Pharmacology, Bio-Teknologi, Sains Botani, Bio-PerubatandanBio-Kimia. Dinilai dari jumlah penyelidikan, sebanyak 43 jenis bahan melibatkan kajian dari aspek saintifik dibandingkan hanya 3 berasaskan pengajian Islam (Islamic Studies) dan 15 berkaitan sejarah (histories). Namun, penyelidikan mengenai pokok dan sifat kapur barus spesies Asia Tenggara Tenggara (jenis Dryobalanops Camphora Aromatica)amat kurang. Kajian paling banyak berkisar mengenai kapur barus yang hanya terdapat di China dan Jepun (jenis Cinnamomum camphora).Oleh itu, bahan ilmiah berkaitan pokok kapur barus Asia Tenggara, Dryobalanops Camphora Aromaticadari kedua sudut agama, juga perincian saintifikamat terhad. Justeru, usaha lanjutan terhadap kapur barus diharapkan mampu menghasilkan sesuatu bagi manfaat Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elemen Keseimbangan Dalam Tumbuhan Menurut Al-Quran: Satu Tinjauan Awal(USIM Press, 2020-05) ;Siti Nurwanis Mohamed ;Monika@Munirah Abd RazzakNajihah Mohd HashimVarious cases of environmental pollution are recorded worldwide, especially in developed countries. As a result, it has a detrimental effect on the balance of the natural ecosystem. Therefore, the purpose of this article is to compile Quranic verses on plant balance elements. To draw conclusions and correlations between these verses, this study uses a deductive analysis method. The analysis found 236 words in the Quran that touch on the elements of equilibrium in plants, that is, they are represented by the terms azwajun, qadarin and mawzun. However, with reference to the scriptures, it is found that only eight verses describe exactly the element of equilibrium in the plant. Based on the description of the infidels, it can be concluded that there are three characteristics of the element of equilibrium in plants according to the Quran. First, plants are created in pairs. Second, the downfall of rainwater feeds the plant to a certain degree. Third, every plant on the earth is created with balanced and fair scales. Therefore, the results of this study show that the elements of plant balance are very important for human well-being - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elemen Keseimbangan Dalam Tumbuhan Menurut Al-Quran: Satu Tinjauan Awal(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Siti Nurwanis Mohamed ;Monika@Munirah Abd RazzakNajihah Mohd Hashim3Pelbagai kes pencemaran alam sekitar direkodkan di serata dunia terutamanya di negara-negara maju. Rentetan daripada itu, ia mendatangkan kesan buruk dan menjejaskan keseimbangan ekosistem alam. Oleh yang demikian, tujuan artikel ini adalah untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran berkaitan elemen keseimbangan dalam tumbuhan. Bagi mendapatkan kesimpulan serta perkaitan antara ayat-ayat tersebut, kajian ini menggunakan metode analisis deduktif. Hasil analisis menemukan 236 perkataan dalam al-Quran yang menyentuh tentang elemen keseimbangan dalam tumbuhan iaitu, ia diwakili dengan istilah azwajun, qadarin dan mawzun. Namun demikian, dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir, didapati hanya lapan ayat sahaja yang menerangkan secara tepat mengenai elemen keseimbangan dalam tumbuhan. Berpandukan kepada huraian para mufasir, dapat disimpulkan terdapat tiga ciri pada elemen keseimbangan dalam tumbuhan menurut al-Quran. Pertama, tumbuhan diciptakan dengan berpasangan-pasangan. Kedua, sukatan air hujan yang turun menyuburkan tumbuhan dengan kadar yang tertentu. Ketiga, setiap tumbuhan di bumi diciptakan dengan timbangan yang seimbang dan adil. Justeru, hasil kajian ini menunjukkan elemen keseimbangan dalam tumbuhan sangat penting bagi kesejahteraan hidup manusia.