Browsing by Author "Monika @ Munirah Abd Razzak Khadher Ahmad"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kekerapan Penerbitan di SCOPUS Mengenai Flora-Flora dalam Al-Quran dan Al-Hadith(Penerbit UiTM, 2023) ;Mohd Asmadi Yakob ;Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff ;Monika @ Munirah Abd Razzak Khadher Ahmad ;Nurulwahidah Fauzi ;Khalijah Awang ;Rozana OthmanMohd Rais MustafaTerdapat buah-buahan dan herba yang disebut secara khusus dalam al-Quran dan al-Hadith. Kelebihan dan keistimewaan buah-buahan dan herba ini telah dibincangkan oleh para ulama dalam kitab-kitab turath mereka khususnya dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Penulisan kitab-kitab ini telah membuka ruang kepada kajian-kajian ilmiah yang lebih saintifik dan mendalam. Walau bagaimanapun umat Islam pada hari ini kurang mengetahui kewujudan kitab-kitab al-Tibb alNabawi yang menjadi satu cabang ilmu Islam. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap beberapa aspek dalam bidang al-Tibb alNabawi khususnya berkaitan dengan buah-buahan dan herba di dalam penerbitan SCOPUS. Kajian ini mengaplikasikan metod kajian perpustakaan, dengan penelitian terhadap sebahagian besar kitab yang berkaitan dengan al-Tibb alNabawi dikumpulkan untuk dianalisis bagi memahami konsep al-Tibb al-Nabawi itu sendiri serta mengenal pasti buah-buahan dan herba yang dibincangkan. Di samping itu, metod pemerhatian terhadap kajian saintifik yang lepas telah dilakukan terutamanya dengan meneliti artikel-artikel dalam pengkalan data SCOPUS. Hasil penelitian awal mendapati bahawa ulama-ulama terdahulu telah menulis pelbagai karya yang khusus tentang al-Tibb al-Nabawi. Walau bagaimanapun pada hari ini kajian yang mendalam terhadap buah-buahan dan herba yang disebutkan dalam al-Tibb al-Nabawi banyak dipelopori oleh pengkaji-pengkaji bukan Islam khususnya daripada Barat.