Browsing by Author "Muhamad Firdaus Ab Rahmani"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Institusi Fatwa Di Malaysia Dalam Menghadapi Revolusi Industri 4.0(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Muhamad Firdaus Ab Rahmani ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiAzman Ab RahmaniRevolusi Industri 4.0 sedang rancak berlaku diseluruh dunia dan ia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi tinggi dan sistem automasi lebih pintar. Revolusi ini menandakan kemuculan sistem fizikal siber yang melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi mesin dan keadah baharu teknologi. Dalam kata lainya, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan penggunaan tenaga manusia secara langsung. Perkembangan revolusi ini sudah pasti akan menimbulkan pelbagai isu terbaharu khususnya melibatkan hukum hakam kontemporari muamalah Islam. Institusi fatwa di Malaysia merupakan satu badan yang berperanan menyelesaikan permasalahan melibatkan masyarakat dalam perkara berkaitan hukum hakam agama Islam. Selari dengan perkembangan revolusi semasa, institusi fatwa perlu lebih keterhadapan dalam menangani isu-isu kontemporari yang sangat mencabar dan ia sudah pasti memberi cabaran besar kepada institusi fatwa terutamanya dalam proses pengeluaran hukum (istinbat hukum) kerana perubahan teknologi yang pantas mempunyai kesukaran untuk menjangka sesuatu perkara yang bakal berlaku dimasa hadapan. Justeru, objektif kajian ini akan mengenalpasti peranan serta proses pengeluaran fatwa di institusi fatwa di Malaysia, serta mengkaji cabaran yang dihadapi dalam mendepani revolusi industri 4.0. Metodologi kajian menggunakan metode kualitatif dengan menggabungkan kajian perpustakaan dan kajian lapangan, makala penganalisisan data menggunakan kaedah deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati perkembangan revolusi ini telah menimbulkan pelbagai isu baharu dalam kalangan masyarakat yang memerlukan kepada resolusi dan garis panduan yang jelas dan lengkap. Implikasi kajian dalam menyelesaikan permasalahan semasa dan setempat, Institusi fatwa perlu melipatgandakan usaha dan mengatur strategi berkesan dalam menghadapi perubahan teknologi pantas bagi memastikan pengeluaran hukum senantiasa selari dengan perkembangan semasa, dinamis dan praktikal. Usaha-usaha berkenaan termasuklah meningkatkan prasarana pengurusan fatwa terutamanya prasarana teknologi, mengemaskini keanggotaan Jawatankuasa fatwa dan bergiat aktif dalam aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R & D).