Browsing by Author "Muhammad Safwan Ibrahim"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Kes Aktif Covid-19 Di Malaysia Menggunakan Permodelan Matematik S-I-R; Kajian Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 Authors Azrul Azim Mohd Yunus(USIM Press, 2021-12) ;Azrul Azim Mohd Yunus ;Arif Asraf Mohd Yunus ;Muhammad Safwan IbrahimShahrina IsmailDalam konteks penyebaran COVID-19, permodelan matematik telah menjadi satu komponen penting dalam merangka strategi bagi mengambil langkah awal dalam menangani penularan wabak. Dalam kajian ini, model SIR (“Susceptible” – “Infected” – “Removed”) digunakan bagi meramalkan tindak balas wabak COVID-19 di Malaysia. Menggunakan data rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, didapati kes puncak Ketika PKP 1.0 berlaku pada t=21 hari (8 April 2020) dengan kadar jangkitan a = 0.19. Hasil kajian mendapati bahawa wujud perbezaan yang ketara sekiranya bilangan penduduk yang berpotensi dijangkiti S(0) dikurangkan, di mana puncak kes aktif dapat dikurangkan dengan begitu ketara (kes aktif puncak berlaku pada t=81, dengan peratusan kes berjumlah S(81) = 8.7%). Jadi, adalah amat penting bagi mematuhi arahan – arahan serta SOP yang digariskan oleh pihak kerajaan bagi menghentikan jangkitan pandemik COVID-19.