Browsing by Author "Muhammad Asyraf bin Razak"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Garis Panduan Penganjuran Perayaan dan Acara dalam Masyarakat Malaysia: Tinjauan dari Bab Ahkam Al-Hisbah Kitab Al-Ahkam Al-Sultaniyyah oleh Imam Al-Mawardi(Penerbit USIM, 2024) ;Syed Salim bin Syed ShamsuddinMuhammad Asyraf bin RazakMalaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan mempunyai pelbagai adat resam dan tradisi. Setiap kaum dan agama di negara ini mempunyai sambutan perayaan dan acara yang tersendiri. Hal ini mengundang polemik dan perdebatan apabila ia diadakan dalam kalangan masyarakat yang beragama Islam apatah lagi apabila terdapat umat Islam yang turut menyertai sambutan perayaan dan acara yang berunsurkan keagamaan dan kebudayaan yang bercanggah dengan Islam. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan konsep perayaan dan acara di Malaysia dan mencadangkan garis panduan penganjuran perayaan dan acara yang sesuai berdasarkan bab Ahkam al-Hisbah di dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah karya Imam al-Mawardi. Penulisan ini bersifat kualitatif deskriptif melibatkan kajian kepustakaan melalui analisis dokumen terhadap teks turath kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah serta penulisan kontemporari yang berkaitan. Metodologi analisis tekstual diaplikasikan pada bab Ahkam al-Hisbah untuk menyusun tema dan idea utamanya dalam merungkai tujuan hisbah dan kaedah untuk menegakkan akhlak awam dalam masyarakat majmuk sesuai dengan nilai-nilai Islam. Penulisan ini mendapati bahawa mengadakan dan menyambut pelbagai bentuk perayaan dan acara keramaian sama ada berbentuk keagamaan atau kebudayaan telah menjadi adat kebiasaan bagi masyarakat Malaysia. Imam al-Mawardi telah mendatangkan beberapa langkah untuk pemantauan dan perlaksanaan sambutan perayaan dan penganjuran acara berdasarkan perbahasan mengenai hisbah di dalam karya beliau al-Ahkam al-Sultaniyyah. Oleh itu, pihak berkuasa bahagian hal ehwal agama Islam perlulah lebih cakna dan mengikuti trend dan perkembangan semasa agar masyarakat tidak leka dan tenggelam dalam gaya hidup hedonisme. Penganjuran perayaan dan acara perlu dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan adab serta tatasusila masyarakat di rantau ini.