Browsing by Author "Muhammad Farid Wajdi bin Ab. Rahim"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Budaya Hedonisme dalam Kalangan Remaja Muslim: Tinjauan Terhadap Pendidikan Akhlak dalam Islam Menurut Kitab Penawar bagi Hati Karya Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili(Penerbit USIM, 2023) ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Muhammad Farid Wajdi bin Ab. RahimMohd Syahmie bin Mat BakriArtikel ini melihat budaya hedonisme yang menular dalam kalangan remaja Muslim di Malaysia dan langkah-langkah pendidikan akhlak menurut perspektif Islam. Artikel ini menjadikan kitab Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili sebagai panduan langkah-langkah pendidikan dan pentarbiahan akhlak bagi mendepani budaya hedonisme di dalam masyarakat Malasyia yang dilihat semakin membimbangkan. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melalui analisis dokumen terhadap penulisanpenulisan para ulama turath dan kontemporari yang berkaitan, secara khususnya kitab Penawar Bagi Hati. Penulis mendapati bahawa budaya hedonisme yang dibawa masuk ke negara ini adalah mengikut acuan barat telah merosakkan nilai-nilai murni, adab serta budaya Masyarakat Melayu yang diwarisi sejak sekian lama. Pengawasan akhlak para remaja Muslim adalah sangat perlu dititiberatkan dengan jalan kembali kepada peninggalan keilmuan para ulama Islam melalui karya-karya mereka yang telah menggariskan kaedah-kaedah pendidikan dan pentarbiahan akhlak seorang Muslim. Antara contoh yang terbaik ialah kitab Penawar Bagi hati karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili yang telah mempersiapkan panduan serta metodologi yang perlu diikuti oleh masyarakat Melayu di rantau ini dalam mendepani apa jua aliran pemikiran serta budaya yang tidak selari dengan konsep akhlak Islam. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Integrasi Aqli Dan Naqli Dalam Karya Turath Islam Sebagai Medium Memahami Nas Syarak: Tinjauan Terhadap Kandungan Dan Metodologi Penulisan Risalah Wasail Ilmu Al-Kalam Wa Ra’fah Wa Rahmah Li Al-‘Awam(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Syed Salim Syed ShamsuddinMuhammad Farid Wajdi bin Ab. RahimArtikel ini meninjau peranan akal menurut perspektif syarak dan bagaimana integrasi aqli dan naqli yang terdapat di dalam karya-karya turath Islam bertindak sebagai perantara untuk memahami nas-nas syarak. Para ulama telah mengarang banyak karya yang menggunakan instrumen akal sebagai tunjang, lalu muncullah ilmu-ilmu seperti usul fiqh, usuluddin, mantik dan bahasa Arab. Perbahasan tentang dalalat, qiyas dan istinbat hukum contohnya menjadi salah satu topik utama. Tinjauan tentang kandungan dan metodologi penulisan dilakukan kepada karya Tuan Guru Haji Abdul Qadir bin Haji Wangah yang bertajuk Risalah Wasail Ilmu al-Kalam Wa Ra’fat Wa Rahmat Li al-‘Awam yang membahaskan hukum akal dengan terperinci. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melalui analisis dokumen terhadap karyakarya turath Islam dan penulisan yang berkaitan serta analisis terhadap risalah Wasail Ilmu al-Kalam secara khusus. Dapatan penulisan ini menunjukkan karya-karya turath ulama silam telah memartabatkan akal dalam memahami nas-nas syarak melalui pelbagai cabang ilmu alat yang penting. Nas-nas al-Quran dan hadis mesti difahami mengikut konteks, kaedah dan selok-belok disiplin ilmu yang berasaskan akal seperti ilmu mantik dan ilmu kalam yang menjadi tunjang kepada pengeluaran hukum melalui ilmu usuluddin, usul fiqh dan fiqh. Inilah pendekatan dan manhaj yang dijalani oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman. Dalam memahami perbahasan ulama di dalam karya-karya mereka seseorang itu perlu kepada ilmu yang mendalam dan mantap dalam bidang berkenaan terutama untuk memahami maksud istilah-istilah yang diguna pakai. Risalah Wasail Ilmu al-Kalam perlu dipelajari dan diletakkan sebagai teks asas bagi semua penuntut ilmu syarak. Ini kerana risalah ini merupakan antara karya terpenting yang menghuraikan secara terperinci maksud-maksud ulama ilmu kalam ketika menghuraikan perbahasan usuluddin dengan fahaman yang sebenar.