Browsing by Author "Muhammad Fauzan Azim Bin Mohd Fadhil"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sistem Pembelajaran dan Kaedah Hafazan Al-Quran di Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah, Nilai(Penerbit USIM, 2023-01-28) ;Khairul Ammar Idham Bin Khairul Anuar ;Ahmad Muadz Bin Zulkifle ;Muhammad Fauzan Azim Bin Mohd FadhilSyed Najihuddin bin Syed Hassan4Penyelidikan yang dijalankan ini ialah satu kajian untuk melihat serta mengkaji sistem pembelajaran dan kaedah hafazan al-Quran di Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah, Nilai. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat apakah kaedah yang paling sesuai dan berkesan di dalam pembelajaran dan penghafazan al-Quran. Kajian ini akan dijalankan Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah, Nilai. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu untuk mengkaji apakah sistem pembelajaran dan kaedah hafazan al-Quran yang paling berkesan di dalam mendalami ilmu al-Quran. Kajian ini juga akan menyentuh beberapa aspek perbandingan di antara pendidikan tahfiz moden dan tradisional di Malaysia seperti dari kacamata pendidikan, infrastruktur, lokasi, perhubungan, pentadbiran, syarat kemasukan, peperiksaan dan persijilan, serta pengiktirafan para lulusan tahfiz dari institusi awam mahupun swasta. Penyelidikan ini juga cuba meneltiti kaedah-kaedah hafazan baru (dars jadid) serta kaedah mengekalkan hafazan (sabiq) dan kaedah mengulang bacaan iaitu (taqrir/muraja’ah). Data-data yang akan diperolehi seperti latar belakang para pelajar, pendapat para pelajar tahfiz, pendapat para guru tahfiz mengenai masalah, faktor yang mempengaruhi daya hafazan dan pengekalan hafazan serta kaedah yang paling berkesan untuk melaksanakan hafazan; kesemuanya dianalisis secara terperinci. Hasil penelitian ini diharap dapat melahirkan satu modul pengajaran dan pembelajaran kaedah hafazan yang sistematik dan berkesan dan seterusnya melahirkan institusi tahfiz al-Quran yang tersusun dan moden. Ini akhirnya akan melahirkan lebih ramai hafiz dan hafizah yang berkualiti dan berwibawa.