Browsing by Author "Muhammad Izzat Irfan bin Rosman"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Perbandingan Kedudukan Undang-Undang Keluarga Islam Berkaitan Poligami di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Mesir(USIM Press, 2024) ;Abdul Muhaimin bin Muhd Aznor ;Muhammad Izzat Irfan bin Rosman ;Nur Sabrina Syakirah Binti Abdul Halim ;Laiyinah binti Hazman Fansuri ;Nur’Ain Atiqah Binti OthmanHendun binti Abd Rahman ShahPerkahwinan poligami dibenarkan dalam Islam, seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Walau bagaimanapun, amalan poligami yang tidak terkawal telah menyebabkan masalah dan ketidakadilan kepada isteri. Oleh itu, kebanyakan negara Islam telah mengawal peruntukan undang-undang tertentu yang berkaitan dengan poligami dalam perundangan negara mereka untuk menjaga keadilan dan kebajikan wanita dan kanak-kanak. Kajian ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan perbandingan undang-undang mengenai poligami di negara-negara majoriti Islam terpilih iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Mesir. Setiap negara mempunyai undang-undang sendiri yang pada asasnya membenarkan poligami, tetapi pelaksanaannya berbeza-beza berdasarkan tafsiran undang-undang Islam dan budaya setiap negara. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembacaan berdasarkan artikel, jurnal, kes-kes berkaitan, dan buku Fiqh, serta enakmen undang-undang keluarga Islam dan kes-kes yang diputuskan. Hasil kajian mendapati bahawa perundangan Islam di negara-negara majoriti Islam ini menekankan kebajikan isteri sedia ada dan tidak membenarkan lelaki terlibat dalam poligami jika ia menyebabkan ketidakadilan dan mengabaikan tanggungjawab.