Browsing by Author "Muhammad Mustaqim Bin Mohd Zarif"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Manuskrip Kesultanan Melayu Buton: Pengenalan Terhadap Manuskrip Tahsīn Al-Awlād Fī Ṭā‘At Rabb Al-‘Ibād(Penerbit USIM, 2022) ;Muhammad Naufal Bin Mohd NajibMuhammad Mustaqim Bin Mohd ZarifKesultanan Buton adalah sebuah kesultanan Islam yang telah didirikan pada abad ke-14 yang terletak di kawasan pulau Sulawesi Tenggara yang mana meninggalkan banyak karya-karya keagamaan Islam. Karya-karya keagamaan Islam ini dihasilkan oleh ulama’ di kalangan rakyat jelata dan juga pemerintah. Kini, sekitar 340 buah naskhah terdapat dalam pernaskahan Buton, yang sebahagian besar terdapat pada koleksi Abdul Mulku Zahari dalam pelbagai bidang. Walau bagaimanapun tidak banyak kajian tentang manuskrip Buton. Secara khususnya, ini adalah kajian naskhah Tahsīn Al-Awlād fī Tā‘at Rabb al-Íbād karya Sultān Muhammad Aydrūs Qā‘imuddīn al-Buṭūnī (d.1851M), seorang ulama tasawwuf terkenal di Buton. Justeru, makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti isi kandungan dan gaya penulisannya serta menyorot pengaruh manuskrip ini di Alam Melayu dengan menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan ketinggian ilmu dan pemahaman pengarang yang mendalam terhadap ilmu Hadis dan tasawuf yang berkait rapat dengan pendidikan karakter (akhlak) dalam Islām, dan peranan dan kepentingan teks ini dalam pembangunan sistem pendidikan karakter (akhlak) dalam Islam di Alam Melayu.