Browsing by Author "Muhammad Salehan Alhafiz Mat Wajar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan dan Penilaian Instrumen Kesihatan Mental dan Kecerdasan Spiritual(USIM Press, 2023) ;Ahmad Muhaimin Mohamad ;Rohana Hamzah ;Paridah Mohd Ali ;Hadijah Ahmad ;Norizan Yusof ;Haslinda HashimMuhammad Salehan Alhafiz Mat WajarTinjauan literatur mendapati pelbagai instrumen digunakan bagi mengukur tahap kesihatan mental individu dan mengaitkannya dengan pelbagai perkara. Namun demkian, menggabungkan pelbagai instrumen soal selidik dalam satu kajian memungkinkan bilang item yang tinggi. Oleh itu, kaedah statistik analisis faktor dicadangkan untuk mengurangkan bilangan item pada masa sama meningkatan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Kajian ini bertujuan mengenal pasti susunan 69 item soal selidik termasuk kebolehpercayaan dari aspek kesihatan mental, kebahagiaan hidup, dan kecerdasan spiritual. Instrumen ditadbir dalam kalangan 500 pelajar sarjana muda bidang kejuruteraan salah sebuah universiti teknikal awam yang dipilih secara rawak sukarela. Pengukuran jawapan item menggunakan skala likert 5 mata. Pendekatan kuantitatif sepenuhnya diguna pada instrumen, pengukuran jawapan, dan analisis. Hasil ujian Kaiser-Meyer-Olkin Measure menunjukkan item-item sesuai bagi analisis faktor. Pengiraan total variance explained mendapati 3 faktor dicadangkan bagi item-item instrumen. Seterusnya keputusan rotated component matrik mencadangkan semua item disusun semula dengan 23 item asal disingkirkan. Analisis kebolehpercayaan memberikan nilai alfa Cronbach = 0.872 yang membolehkan semua item diterima. Perbincangan hasil analisis dan kajian tinjauan saling menyokong keperluan kajian rintis dan ujian kesahan sebelum penggunaan instrumen pada kajian sebenar berskala besar bagi tujuan pengukuran tahap kesihatan mental, kebahagiaan hidup, dan kecerdasan spiritual. Implikasi kajian membolehkan instrumen diyakini dan dipercayai digunakan bagi tema kajian yang sama.