Browsing by Author "Muhammad Shauqi Bin Rosli"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Mengenai Perubatan Psikiatri Kenabian Menurut Tasawuf Moden oleh Buya Hamka(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad Shauqi Bin Rosli ;Arifah Binti Mohd Ramlee ;Nor Izyani Binti JamilAmran Bin Abdul HalimKajian ini meneliti perubatan psikiatri kenabian menurut tasawuf moden yang dipersembahkan oleh Buya Hamka, seorang cendekiawan Islam terkemuka. Fokus utama adalah pada persilangan spiritualiti dan kesihatan mental dalam konteks zaman moden yang dipengaruhi oleh Pendidikan 4.0. Falsafah moral Buya Hamka menjadi titik tolak untuk memahami dan mengatasi cabaran pendidikan kontemporari serta memenuhi tuntutan pelajar dalam dunia yang berubah dengan cepat. Walau bagaimanapun, sikap negatif masyarakat terhadap penyakit mental semakin meluas pada hari ini. Dalam konteks pelajar, tekanan akademik dan persekitaran pendidikan menyumbang kepada masalah kesihatan mental yang semakin mendalam, mencetuskan masalah-masalah sosial dan budaya. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti kefahaman pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia tentang tahap sakit mental psikiatri dan perubatan psikiatri menurut tasawuf moden oleh Buya Hamka. Pendekatan penyelidikan menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kandungan, memperkuatkan pemahaman mendalam terhadap fenomena ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 87.7% pelajar yang mengetahui mengenai penyakit psikiatri ini manakala seramai 12.3% pelajar yang belum tahu mengenai tentang penyakit psikiatri. Hal ini kerana mereka kurang pendedahan tentang penyakit ini diperingkat sekolah mahupun universiti. Justeru itu, diharapkan bahawa kajian ini dapat membuka mata orang ramai tertamanya pihak yang bertanggungjawab untuk meneliti semula kos atau subjek yang perlu diwujudkan di sekolah-sekolah mahupun universiti mengenai penyakit psikiatri. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan risiko yang melibatkan terjadinya penyakit psikiatri, kerana ramai yang mempunyai penyakit ini adalah dikalangan pelajar.