Browsing by Author "Muhammad Shollehin Mamat Pekri"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Dan Keberkesanan Laman Web Nuqayah Dalam Pengajaran Kajian Tafsir Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM(Academic Inspired Network, 2024) ;Muhammad Hadi Najmi Nor Johan ;Muhammad Asyraf Utami Syahrial ;Muhammad Shollehin Mamat PekriSyed Najihuddin Syed HassanPerkembangan ilmu tafsir dalam era modenisasi kian berkembang malah dilihat masyarakat kini bukan sahaja menuntut ilmu dalam keadaan berlutut lagi bahkan hanya melalui peranti sahaja. Antara metodologi baru dalam pengajaran dan pembelajaran tafsir kini adalah berasaskan laman web. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan nuqayah.com pengajaran dan pembelajaran kajian tafsir dalam kalangan pelajar. Tambahan pula, kajian ini juga meliputi penggunaan mesra pengguna, menyemak kelebihan dan kelemahan laman web tersebut sebagai mekanisme dalam pendidikan. Metode kajian yang digunakan ialah kaedah berbentuk kuantitatif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang diedarkan kepada 40 orang pelajar tahun 4 dari Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM pada tahun 2023. Disamping itu, dapatan analisis menunjukkan kefahaman responden dalam memahami tafsiran al-Quran dengan jelas serta keberkesanan proses pembelajaran mereka. Kesimpulannya, implikasi daripada perkembangan teknologi digital kini telah memenuhi keperluan masyarakat dalam pengajian tafsir pada saat ini.