Browsing by Author "Muhammad Sobri Faisal"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Sistematik Tema Berkaitan Serangga Dalam al-Quran dan Hadis Sebagai Sandaran Pembuktian Dalam Kehidupan Manusia(USIM Press, 2021-08); ;Wan Abdul Fattah Wan Ismail ;Lukman Abdul Mutalib ;Muhammad Hazim Ahmad ;Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi ;Faszly Rahim ;Mohammad Amir Wan HarunMuhammad Sobri FaisalPeranan serangga dalam kehidupan manusia memberikan suatu keseimbangan dalam ekosistem. Sumbangan serangga dalam dunia sains tiada noktah dengan penemuan-penemuan baru spesies yang boleh dikaji untuk penyelidikan seterusnya. Dalam Islam, para sarjana menyifatkan teks-teks bersumberkan wahyu adalah sebagai bukti kebesaran tuhan di samping memberikan pelbagai pengajaran kepada manusia. Namun belum ada kajian dilakukan untuk melihat secara tematik dan kecenderungan perihal serangga yang disebutkan dalam teks-teks primer perundangan Islam. Objektif dan Tujuan: Kajian ini mengenal pasti dan menganalisis perihal serangga yang disebutkan dalam al-Quran dan al-Sunnah mengikut tema sebutan. Metodologi: Kajian menggunakan metode analisis kandungan terhadap sumber-sumber primer rujukan berteraskan wahyu dalam Islam. Dengan menggabungkan serangga yang dijumpai hasil carian 6236 ayat dalam al-Quran, senarai tersebut dijadikan sampel teori dan diteruskan terhadap ribuan hadis-hadis yang terdapat dalam Sunan Sittah, rujukan utama dokumen hadis bagi pendalilan dalam Islam. Dapatan Kajian: Kajian menemukan bahawa serangga telah disebutkan melalui pelbagai tema sama ada di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah. Terdapat sebanyak 104 hadis berkaitan serangga dan dikelaskan mengikut lapan tema seperti perumpamaan/pengajaran/sifat, kebersihan/mandi, pemakanan, muamalat, pemakaian, ibadah, perubatan dan rujukan bagi penamaan surah. Hasil analisis ini menunjukkan peranan serangga sebagai sebahagian daripada elemen penting dalam kehidupan manusia. Ia menunjukkan integrasi naqli (teks bersumberkan wahyu) dan aqli (percambahan pemikiran oleh manusia) relevan sepanjang zaman. Kajian lanjut perlu dilakukan bagi melihat fokus utama tema-tema yang telah didapati dari perihal serangga yang disebutkan tersebut. Dalam konteks pengajian Islam, disarankan agar status hadis-hadis yang berkaitan dengan perihal serangga tersebut dikaji dengan lebih lanjut. Sementara huraian dari pentafsiran yang berautoriti perlu dikaji dan diteroka agar maksud sebenar bukti-bukti kehidupan yang diisyaratkan oleh ilmuan silam dapat diterjemahkan sebagai suatu kerangka baru era moden. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Perkembangan Khidmat Ilmiah Terhadap Hadis-hadis Al-tib Al-nabawi: Analisis Sistematik(Universiti Sains Islam Malaysia, 2023) ;Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan ;Mohd Zahir Abdul RahmanMuhammad Sobri FaisalAl-Tib al-Nabawi is a chapter in the discussion of fiqh al-hadith that has always been the focus of scholars throughout time. The revelation aspect in al-Tib al-Nabawi, which addresses human health issues, is closely related to every individual Muslim, thus requiring deeper and more detailed discussions. Therefore, scholars throughout various eras have produced works that compile the hadiths of al-Tib al-Nabawi with specific trends and focusesin their works. The objective of this article is to analyze the development trend of academic service in the production of al-Tib al-Nabawi works, starting from early times to modern times. The analysis is conducted based on a deductive approach to several major al-Tib al-Nabawi works produced by scholars. The study found that there are five main trends in academic service to the hadiths of al-Tib al-Nabawi, namely concise compilations, comprehensive compilations, summaries, classical medical lectures, andmodern medical lectures, which are concluded comprehensively through research on the major works of al-Tib al-Nabawi. Furthermore, the study can demonstrate the trend of writing al-Tib al-Nabawi works based on the development of time from the past to the present. Hopefully, it can serve as a guide for future researchers to further develop the knowledge of al-Tib al-Nabawi in line with advancements in medical technology today. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Sains Nutrisi: Panduan Hadis Dalam Pencegahan Penyakit(Penerbit USIM, 2023) ;Muhammad Akmalludin Mohd HamdanMuhammad Sobri FaisalPelbagai hadis terutamanya dalam karya al-Tibb al-Nabawi memaparkan petunjuk Rasulullah SAW berkenaan nutrisi melalui pelbagai saranan baginda SAW untuk mengambil jenis-jenis makanan tertentu dengan tujuan pemeliharaan kesihatan manusia. Hadis-hadis ini kebiasaannya menerangkan jenis-jenis makanan beserta khasiatnya untuk mencegah atau merawat penyakit-penyakit tertentu. Mutakhir ini, muncul pelbagai dakwaan tanpa verifikasi yang autentik menurut kaca mata ilmu perubatan moden dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan khasiat makanan tertentu, terutamanya makanan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis. Sebahagian pihak juga kelihatan mengeksploitasi hadis Rasulullah SAW berkaitan nutrisi dengan tujuan melariskan produk atau barangan jualan yang diniagakan. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis beberapa hadis Rasulullah SAW berkaitan nutrisi pemakanan yang berupaya untuk mencegah penyakit. Analisis dilakukan berdasarkan pendekatan deduktif dan perbandingan terhadap beberapa hadis yang terpilih melihat kepada petunjuk baginda SAW dalam hadis serta pandangan sarjana Islam, dengan dapatan ilmu perubatan moden dalam menghuraikan isu yang dinyatakan. Hasil kajian mendapati bahawa beberapa makanan yang dinyatakan dalam hadis bersama khasiatnya ternyata berkesan dalam mencegah penyakit tertentu seperti mana yang dibuktikan oleh kajian perubatan moden. Namun, keberkesanannya mempunyai keterbatasan tertentu, serta tidak terbukti mampu untuk mencegah keseluruhan penyakit seperti yang didakwa oleh sebahagian pihak.