Browsing by Author "Muhammad Taufiq Hidayat Bin Sapiai"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis 40 Hadis Tentang Taksub(Penerbit USIM, 2024) ;Muhammad Taufiq Hidayat Bin Sapiai ;Muhammad Arif Akmal Muhammad Bin Shuhaidi ;Muhammad Syaqeeb Al Syahlan Bin NadzairiAmran Bin Abdul HalimMasyarakat kini cenderung dalam meminati atau istilah lain “fanatik’ akan sesuatu perkara secara berlebih-lebihan sehingga boleh memudaratkan diri sendiri dan melanggar hukum-hakam yang telah digariskan dalam agama Islam. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya didikan moral dan agama yang menyebabkan masyarakat mudah terjerumus kedalam tingkah laku tersebut sehingga ada yang mengidolakan seseorang dari golongan bukan Islam. Jadi, amatlah penting untuk dedahkan tentang keburukan taksub itu sendiri dengan mengumpulkan hadis berkaitan taksub dan sampaikan maklumat ini bagi membantu kita memperoleh pemahaman menyeluruh tentang topik ini. Dengan demikian, masyarakat lebih terdedah dan mengambil lebih cakna akan perkara tersebut. Untuk mencapai tujuan ini, kaedah pengumpulan teks bagi meneliti hadith untuk memfokuskan hadis tentang taksub telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan kajian kesusasteraan hadith adalah penting untuk memahami ajaran Islam dan ciri-ciri seorang muslim yang baik. Dalam khususnya, kajian hadith-hadith yang memfokuskan kepada sifat-sifat seorang muslim yang baik boleh memberikan bimbingan untuk individu yang ingin memperbaiki diri dan hubungan mereka dengan Allah. Dapatan kajian ini membantu mengilhamkan idea bagi pengumpulan hadis tentang taksub bagi memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang punca, kesan dan langkah pencegahan taksub seperti yang digariskan dalam tradisi Islam.