Browsing by Author "Muhammad Zaid Bakar Redin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Peribadi Muawiyah ibn Abu Sufyan RA dalam Karya Melayu: Kajian Kritis Terhadap Tulisan al-Idrus(Universiti Sains Islam Malaysia, 2017) ;Muhammad Zaid Bakar Redin ;Mustafa Khlaif Mohammad Abu Zaid ;A. Irwan Santeri Doll Kawaid al-NadawiShumsudin YabiPeribadi Saidina Muawiyah ibn Abu Sufyan RA antara peribadi sahabat Nabi SAW yang sering dilanda kontroversi. Hal ini disebabkan beberapa tindakan beliau selepas kewafatan Baginda Nabi SAW yang dipandang salah oleh sebahagian umat Islam. Di antara tindakan beliau itu adalah perselisihan beliau dengan Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib RA yang menyebabkan tercetusnya perang saudara di antara umat Islam, pertukaran sistem khalifah kepada sistem beraja serta penentangan Bani Umayyah terhadap Ahl Bayt. Tindakan-tindakan tersebut telah menyebabkan timbul pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya. Kisah-kisah negatif yang sesetengahnya tidak berasas telah dimuatkan dalam banyak buku, terutamanya buku berkaitan sejarah Islam. Perkara ini juga diulangi oleh kebanyakan para penulis bukan Arab ketika menulis sejarah Islam di dalam bahasa ibunda masing- masing. Antara karya penulisan tersebut, buku "Muawiyah ibn Abi Sufyan" karangan Abdullah bin Hamid al-Idrus. Buku ini di antara karya terawal dalam Bahasa Melayu yang membicarakan secara khusus peribadi Saidina Muawiyah RA. Namun buku ini tidak hanya mendatangkan riwayat-riwayat mengenai personaliti Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, bahkan turut mendatangkan beberapa kisah negatif serta hikayat yang mengaibkan mengenai diri beliau. Artikel ini bertujuan untuk meneliti fakta-fakta yang dikemukan buku ini terhadap Saidina Muawiyah RA dengan menggunakan metodologi analisa dan metodologi kritis, terutamanya dalam mengkritik fakta yang tidak tepat dalam mengaitkan diri beliau dalam sesuatu peristiwa. Dapatan kajian mendapati maklumat yang dikemukakan dalam buku ini mengundang syak wasangka serta persepsi buruk terhadap Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, selain itu ia tidak mengaplikasikan methodologi yang betul dalam menukilkan riwayat-riwayat sejarah. Tambahan pula, kisah-kisah serta hikayat-hikayat yang dikemukakan kebanyakannya berunsur permusuhan dan kebencian.