Browsing by Author "Muhammad Zariff Ilias"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Etika Perguruan Berasaskan Pemikiran Imam Abu Hanifah: Kajian Tinjauan Terhadap Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Di Selangor(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Mohd Anuar Mamat ;Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman ;Che Zarrina Sa’ari ;Azizi Che Seman ;Nur Ulfah HarunMuhammad Zariff IliasDewasa ini pelbagai isu pendidikan timbul dan amat berkait rapat dengan persoalan etika guru pada pelbagai peringkat. Saban tahun kedengaran beberapa kes etika yang melibatkan para guru. Artikel ini membincangkan pengetahuan etika perguruan dalam kalangan guru Pendidikan Islam di Selangor. Kajian yang berbentuk tinjauan ini dijalankan untuk melihat sejauh mana pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap Etika Profesion Perguruan yang dianalisis berasaskan pemikiran Imam Abū Ḥanīfah. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 263 orang guru-guru Pendidikan Islam yang bertugas di sekolah menengah sekitar Selangor. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Pakages for Social Science for Windows Version 22 (SPSS v.22) dan dipersembahkan secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah baik, iaitu α = 0.741. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam di Selangor adalah tahap yang tinggi dengan purata nilai min 3.419. Dapatan ini menunjukkan bahawa para guru Pendidikan Islam di Selangor mengetahui dan komited dalam mengamalkan etika perguruan menurut Imam Abū Ḥanīfah. Namun begitu, penghayatan berterusan adalah perlu untuk menjamin kelestarian pengetahuan dan amalan mereka sepanjang berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam.