Browsing by Author "Muhd Khairi Mahyuddin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Konsep dan Perspektif Tauhidik dalam Meningkatkan Kebahagiaan Kendiri(Centre for Human Sciences, Universiti Malaysia Pahang, 2021); ;Anita Abdul Rani ;Umi Hamidaton Soffian Lee ;Muhd Khairi Mahyuddin ;Imaduddin AbidinMohd Suhardi Mat JusohIndeks Kesejahteraan Dunia 2019 melaporkan Malaysia adalah negara ke-80 paling bahagia daripada 156 negara di dunia. Ia mencatatkan penurunan kedudukan yang begitu besar, iaitu daripada tangga ke-35 pada tahun 2018. Manakala, indeks kesejahteraan psikologi Malaysia pada tahun 2020 pula mencatatkan skor sederhana iaitu 7.2. Kajian berkaitan kebahagiaan berdasarkan perspektif Islam dilihat masih lagi terhad dan minimal. Namun, aspek tekanan psikologi, kesejahteraan kendiri dan pengamalan nilai agama Islam merupakan elemen penting dalam menentukan kefungsian hidup seorang Muslim. Justeru, kajian ini bertujuan melihat konsep kebahagiaan dari sudut Islam dan kaedah atau strategi yang dilandaskan oleh Islam bagi meningkatkan kebahagiaan kendiri manusia dalam mendepani arus cabaran kehidupan dan tekanan. Maklumat yang diketengahkan adalah berdasarkan kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan. Model PERMA oleh Martin Seligman telah digabung jalin dengan pandangan Teori Al-Ghazali, hadis dan al-Quran dalam merungkai permasalahan yang wujud ini. Dapatan kajian turut membincangkan konsep tauhidik Islam mendasari elemen Akidah, Syariah dan Akhlak. Selain itu, faktor yang mempengaruhi kebahagiaan seperti mendekatkan diri dengan Allah, menanam sifat syukur, memelihara akal dengan baik,memupuk sifat sabar, redha dan bertawakal dikenalpasti sebagai teras utama dalam meningkatkan kesejahteraan hidup. Tuntasnya, kajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan dalam membantu umat Islam mencapai kebahagian diri.