Browsing by Author "Muhd. Faiz Abd. Shakor"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dasar Pemerkasaan Institusi Tahfiz Di Malaysia(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Azman Ab Rahman ;Afaf Sukari ;Nurul Nadia Nozlan ;Mohamad Anwar ZakariaMuhd. Faiz Abd. ShakorPendidikan tahfiz dan Al-quran merupakan pendidikan yang kini kian mengambil tempat di hati ibu bapa yang berhasrat menjadikan anak-anak mereka seorang penghafaz al-Quran. Kewujudan institusi tahfiz juga dilihat semakin meningkat saban tahun melalui penubuhan institusi tahfiz kerajaan mahupun swasta yang dibangunkan secara persendirian oleh sesetengah pihak. Disebalik permintaan yang tinggi bagi kemasukan ke institusi tahfiz saban tahun, sistem pendidikan tahfiz dilihat masih perlu ditambah baik dalam pelbagai aspek bagi memperkasakan institusi ini. Transformasi dan pemerkasaan perlu dilakukan dalam aspek penubuhan dan pendaftaran, keselamatan premis, kualiti tenaga pengajar, kebolehpasaran murid, kurikulum tahfiz dan lain-lain. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan berkaitan aspek-aspek dalam pemerkasaan institusi tahfiz di Malaysia. Artikel ini juga akan mencadangkan dasar pemerkasaan institusi tahfiz di Malaysia yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada pihak berautoriti. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa keperluan untuk mewujudkan dasar pemerkasaan institusi tahfiz dalam aspek pengurusan, kurikulum, kebolehpasaran serta keselamatan institusi tahfiz. Diharapkan kajian ini dapat memberikan panduan serta rujukan kepada institusi tahfiz mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan institusi tahfiz dalam usaha untuk menaiktaraf sistem pendidikan tahfiz negara pada tahap yang lebih tinggi. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Dan Cabaran Institusi Pondok Dalam Mendepani Wabak Covid-19 Di Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Azman Ab Rahmani ;Afaf Sukari ;Muhamad Firdaus Ab Rahman ;Hussein ‘Azeemi Abdullah ThaidiMuhd. Faiz Abd. ShakorPenularan wabak Covid-19 secara global telah memberikan impak yang luar biasa terhadap pelbagai sektor utama negara. Menurut Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Coronavirus (CoV) merupakan rangkaian famili virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi pernafasan sehingga menyebabkan kematian. Covid-19 boleh disimpulkan sebagai penyakit menular yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti atau dikesan oleh manusia (KKM, 2019). Pada bulan Mei 2020, KKM telah mengesahkan beberapa institusi pondok telah dijangkiti wabak Covid-19 selepas menjalankan saringan terhadap pelajar, guru dan kakitangan akibat susulan penularan kes Covid-19 dalam kalangan peserta perhimpunan di Seri Petaling (Kluster Seri Petaling). Perkara ini telah menggusarkan banyak pihak sehingga menyebabkan beberapa buah pondok ditutup bagi menjalani rawatan pengesanan dan pemulihan penyakit Covid-19. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti isu dan cabaran institusi pondok dalam mendepani wabak Covid-19. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat isu dari segi pendidikan, kesihatan dan kewangan yang dihadapi oleh institusi pondok dalam mendepani cabaran ketika wabak Covid-19. Kajian lanjutan perlu dilakukan dalam memperkasakan institusi pondok di Malaysia khususnya dalam membangunkan Model Tadbir Urus Institusi Pondok di Malaysia. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pandemik COVID-19: Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Khas Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran Di Malaysia(USIM Press, 2021) ;Azman Ab. Rahman ;Syed Salim Syed Shamsuddin ;Nurul Nadia Nozlan ;Muhd. Faiz Abd. ShakorAfaf SukariNegara telah digemparkan dengan satu wabak yang dinamakan sebagai Novel Coronavirus (2019-nCoV) atau dikenali juga sebagai COVID-19. Bencana wabak COVID-19 ini telah memberi implikasi yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia secara umumnya dan Malaysia secara khususnya. Hal ini telah menyebabkan pelbagai sektor turut terkesan dengan penularan wabak COVID-19 tersebut termasuklah institusi Pendidikan di Malaysia. Perkara ini turut memberi kebimbangan kepada para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas kerana proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas bersama pelajar Kurang Upaya Masalah Pembelajaran (OKU MP) perlu dilaksanakan secara atas talian. Justeru, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kaedah PdP yang digunakan oleh para guru Pendidikan Islam dalam Pendidikan Khas dan cabaran yang dihadapi sewaktu menjalankan PdP bersama para pelajar OKU MP sewaktu COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan soal selidik dan dokumentasi dalam mengumpulkan data bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah mengenal pasti teknik tertentu dan bersesuaian sebelum memulakan PdP bersama OKU MP merupakan kaedah utama dalam PdP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19. Cabaran utama dalam PdP Pendidikan Islam pelajar OKU MP adalah isu berkaitan kemudahan teknologi selain isu komitmen pelajar dan ibu bapa, kemahiran dan kepakaran guru serta kekurangan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sepanjang meneruskan PdP secara atas talian disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat membantu para guru dan pelajar OKU MP dalam mendepani cabaran yang dihadapi bagi meneruskan PdP Pendidikan Islam sewaktu COVID-19 serta menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU di Malaysia secara umumnya.