Browsing by Author "Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yeap"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu Munakahat di Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran(USIM Press, 2020) ;Azman Ab Rahman ;NorFatihah Amlin Ab Ghan ;Mohamad Anwar ZakariaMursyid Junaidi Mohd Faisal YeapMarriage is the sunnah of the Prophet Muhammad and the gift given by Allah SWT to all mankind for the continuation of human existence on Earth. Every human being has a desire to live with their partner and in pairs regardless of whether a normal human being nor for the lack of physically or mentally. For people with hearing disability, there are variety of marriage issues related to solemnization, divorce , taklik, rujuk and so on. Therefore, the objective of this study is to identify the marriage issues among people with hearing disability. In addition, this study aims to shed light on the law and its solution to the problems. The methodology of this study is qualitative in nature by using library methods, documentation and interviews to obtain data related to the study. The results showed that there were five issues related to marriage, taklik, divorce and rujuk, which had their own laws based on the situation of the hearing impaired. Each issue has significant effects on the hearing impaired if everything not explained thoroughly. This is due to the lack of discussion regarding the issue among hearing impaired especially in the munakahat. Further study on issues among the hearing impaired in terms of muamalat, ibadat and crime should be conducted to help the hearing impaired get better and deeper understanding on these issues. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (LGBT) Menurut Perspektif Undang-Undang Syariah Dan Undang-Undang Sivil Di Malaysia: Suatu Perbandingan(Usuli Faqih Research Centre PLT., 2020) ;Azman Ab. Rahman ;Mohamad Anwar ZakariaMursyid Junaidi Mohd Faisal YeapPada akhir-akhir ini isu berkaitan hubungan sejenis atau dikenali juga sebagai LGBT semakin menular dan bermaharajelala dalam kalangan rakyat Malaysia secara amnya dan umat Islam secara khususnya. LGBT adalah singkatan kepada lesbian, gay, biseksual dan transgender yang ditujukan kepada golongan yang mengamalkan perlakuan hubungan sejenis. Umumnya, mengikut perspektif undang-undang syariah dan juga sivil gejala yang melibatkan hubungan sejenis ini dikira sebagai suatu kesalahan. Dakwaan terhadap kesalahan ini boleh dilakukan oleh penguatkuasa mengikut peruntukan yang dikhaskan dalam undang-undang jenayah syariah mahupun sivil. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peruntukan yang terdapat dalam undang-undang syariah dan sivil berkaitan dengan LGBT. Selain itu, kajian ini juga membincangkan perbandingan hukuman bagi pesalah LGBT antara undang-undang Syariah dan Sivil. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang meliputi kaedah dokumentasi dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan peruntukan antara undang-undang jenayah Syariah dan undang-undang sivil. Skop peruntukan berkaitan salah laku LGBT yang dikawal oleh undang-undang syariah adalah lebih meluas dan spesifik berbanding undang-undang sivil. Manakala dari aspek hukuman pula, hukuman yang dikenakan dalam perundangan syariah adalah lebih rendah dan ringan berbanding dengan hukuman yang diperuntukkan dalam perundangan sivil. Kajian lanjutan akan dijalankan untuk mengkaji peruntukan undang-undang yang lebih spesifik dan eksplisit demi membanteras dan mengawal gejala LGBT daripada terusberleluasa dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran awal terhadap perbandingan peruntukan undang-undang jenayah syariah dan sivil dalam menangani isu LGBT ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memperkasa Pengurusan Agihan Zakat di Institusi Masjid Malaysia: Isu dan Cabaran(Penerbit UTM Press, 2019) ;Azman Ab RahmanMursyid Junaidi Mohd Faisal YeapPengurusan zakat di Malaysia sejak dulu hingga kini telah mencatatkan perubahan yang signifikan dari segi kutipan dan agihan. Pelbagai transformasi berlaku bagimemastikan permerkasaan institusi zakat khsususnya dalam membantu golongan asnaf. Walaupun tadbir urus pengurusan zakat di Malaysia berbeza antara setiap negeri, namun objektif dan tujuan adalah sama bagi melestarikan pembangunan ummah dari aspek kerohanian, ekonomi, sosial, kesihatan dan lain-lain. Pelbagai usaha dijalankan bagi memastikan agihan zakat dilaksanakan secara berkesan, adil dan saksama. Institusi masjid dilihat salah satu alernatif terbaik dalam memastikan agihan zakat dapat diagihkan secara sistematik,tersusun,dan berfokus sebagaimana yang dilaksanakan pada zaman Rasullullah SAWdan para sahabat. Justeru, artikel ini akan menilai amalan pengagihan zakat melalui institusi masjid yang dilaksanakan di Malaysia. Kajian juga akan membincangkan isu dan cabaran yang timbul dalam melaksanakanpengurusan agihan zakat di Masjid termasuk cadangan model pengurusan zakat di institusi masjid. Hasil kajian menunjukkanterdapat beberapa buah negeri yang melaksanakan agihan zakat melalui institiusi masjid tanpa mempunyai struktur organisi yang tetap bersama pihak pengurusan masjid. Kajian lanjutan berkaitan kaedah dan mekanisma pengagihan zakat di masjid boleh dijalankan bagi melihat secara langsung isu dan cabaran yang dihadapi sekiranya institusimasjid menjalankan pengurusan agihan zakat. Diharapkan kajian ini berupaya menjadi panduan dan rujukankepada Majlis Agama Islam Negeri dalam memperkasakan pengurusan zakat di masjid.