Browsing by Author "Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yeap,"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tahap Keberkesanan Gamifikasi Global Halal Game (GHG) Dalam Kalangan Peserta Program Halal Eksekutif Profesional(Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 2020) ;Mohammad Najib Jaffar ;Azman Ab Rahman ;Mohamad Anwar Zakaria ;Mursyid Junaidi Mohd Faisal Yeap,Muhammad Faiz Abd. ShakorGamifikasi merupakan salah satu bahan bantu mengajar pendidikan fleksibel yang signifikan dengan Pembelajaran Abad Ke-21 kini. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan Global Halal Game (GHG) dalam pendidikan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan kepada empat puluh tiga (43) orang responden yang mengambil bahagian dalam Professional Halal Training Programme –Certificate of Professional Halal Executive (PHEP) 2018. Hasil kajian mendapati bahawa secara umumnya tahap keberkesanan GHG dalam Pendidikan adalah di tahap yang baik. Hasil kajian ini juga boleh dijadikan penanda aras bagi pihak pembangun produk inovasi berciri gamifikasi untuk melakukan lebih penambahbaikan dan penghasilan produk inovasi lain untuk bidang-bidang lain yang masih kurang diberi penekanan untuk kebaikan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat umum amnya.