Browsing by Author "Musa Bin Mohamad"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Hadith Menyapu Muka Selepas Solat; Satu Kajian Analisis Sanad(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 2019) ;Musa Bin Mohamad ;Ahmad Bazli Bin Ahmad Hilmi ;Abdel Rahman Ibrahim SuleimanWan Ahmad Zakry Bin Wan KamaruddinMenyapu muka setelah selesai daripada solat merupakan satu amalan kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita di Nusantara setelah berabad dan telah sebati dalam hidup muslim di sini. Namun demikian, adakah menyapu muka setelah selesai solat adalah amalan yang diambil daripada nas hadith yang sahih? Kajian analisis sanad hadith dijalankan untuk menilai kebersambungan hadith tersebut sehingga kepada Rasulullah s.a.w dan hendaklah dengan susur galur perawi yang thiqah serta dipercayai. Kajian mendapati sanad hadith ini yang dinilai melalui 6 riwayat yang dicatatkan oleh al-Tabrani di dalam al-Ausat dan al-Dua, Ibn Suni dalam `Amal al-Yaum wa al-Lailah, Abu Nu’aim dalam Hulyah dan Akhbar al-Asbahan, dan Ibn Sama’un dalam Amali ibn Sama’un melalui 3 orang perawi iaitu Kathir Ibn Sulim, Muawiyyah Ibn Qurrah dan Thabit Ibn Aslam. Ibn Hibban, Ibn Jawzi dan ulama moden al-Albani menilai hadith ini dengan menghukum palsu - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Metodologi Tafsir Sayyid Ahmad Bin Idris Dalam Al-Fuyudat Al-Rabbaniyyah Bi Tafsir Ba'd Al-Ayat Al-Qur'aniyyah(Zes Rokman Resources, 2016) ;Mohd Zarizi Fauzan Alias ;Muhd Najib Abdul KadirMusa Bin MohamadArtikel ini bertujuan untuk memberikan pengenalan dan pendedahan kepada masyarakat mengenai sebuah kitab tafsir sufi ishari iaitu “Al-Fuyudat al-Rabbaniyyah Bi Tafsir Bacd al-Ayat al-Qura’aniyyah” karangan seorang ulama sufi yang hebat serta tidak asing lagi di dunia nusantara ini iaitu Sayyid Ahmad bin Idris al-Hasani. Umum mengetahui bahawa beliau merupakan seorang tokoh yang terkenal di dalam dunia tasawwuf dan penyebaran dakwah Islam. Namun karya tafsir beliau ini kurang diketengahkan menyebabkan sesetengah pihak hanya mengenali beliau sebagai seorang sufi sahaja tanpa mengetahui ketokohannya di dalam bidang penafsiran al-Qur’an. Artikel ini merupakan hasil daripada kajian kepustakaan serta analisis pengkaji. Artikel ini telah menumpukan kajian terhadap metodologi pentafsiran yang ada di dalam kitab tafsir ini. Melalui hasil kajian dan penganalisisan, artikel ini telah menunjukkan bahawa metode-metode pentafsiran dalam kitab tafsir ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah metode pentafsiran yang umum atau zahir merangkumi metode pentafsiran alQur’an dengan al-Qur’an, metode pentafsiran al-Qur’an dengan al-Sunnah, metode pentafsiran al-Qur’an dengan ilmu Bahasa Arab yang diperincikan dengan pentafsiran melalui ilmu Nahu, ilmu Sarf serta ilmu Balaghah, dan metode pentafsiran alQur’an dengan ilmu Fiqh. Manakala bahagian kedua pula ialah metode pentafsiran yang khusus atau ishari merangkumi metode pentafsiran secara perumpamaan atau tashbih (tamsil), metode pentafsiran secara makna tersirat dan metode pentafsiran secara mengambil pengajaran (iktibar). - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication تَحْلِيْلُ مَدَى صَلاحِيَّةِ الأجْهِزَةِ الذَّكِيَّةِ واللَّوْحِيّة لِتَعْلِيْمِ العَرَبِيَّة للطَّلَبَةِ المَوهُوبينَ في كُلِّيَّةِ فِرمَتا انسَان(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 2019) ;Abdel Rahaman Ibrahim Suleiman ;Musa Bin Mohamad ;Mohd Firdaus bin Amran ;Zulkarnin Bin Zakaria ;Nor Adlyizan TheisAhmad Bazli Ahmad HilmiThis study aims to Find out of the appropriateness smart devices and tablets to learn Arabic by talented students in kolej permata insan at the Malaysian Islamic Science University, And the data has been collected through the interview of six students those who have high academic achievement and low achievement in the Arabic language, and the researcher analyzed the responses of students by identifying commonalities and differences among students, and then coding these responses and identify main themes of the responses of students, Results shows that there is differences betwin students perspectives about using of mobile learning to learn Arabic in three main themes, the first one believe that the mobile learning is excellent istratigic and is the best way to learn Arabic language, and the second theme believes that mobile learning is good but needs to practice face to face with teachers, and the third one believes that Mobile learning is not suitable for learning languages we should to learn the languages through daily face to face practice.