Browsing by Author "Nabilah Yusof @ Abdul Rahman"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fenomena Nikah Sindiket: Satu Huraian Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2011) ;Intan Nadia Ghulam Khan ;Nabilah Yusof @ Abdul Rahman ;Hasnizam HashimHaliza A. ShukorNikah sindiket merupakan satu fenomena yang masih berlaku dalam masyarakat Malaysia. Walaupun terma nikah sindiket tidak digunakan secara langsung di dalam perbincangan di antara para ulama fiqh, namun syarat yang jelas telah pun diperuntukkan bagi menentukan kesalahan sesuatu perkahwinan yang dijalankan. Mutakhir ini, terma nikah sindiket telah banyak digunakan secara langsung dalam kontek perkahwinan yang mana ia memerlukan penjelasan terperinci tentang pendefiniisian nikah sindiket. Kertas kerja ini akan memberi penerangan awal tentang maksud nikah sindiket, jenis-jenis nikah sindiket serta faktor-faktor yang mendorong ke arah nikah sindiket dan implikasinya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Isu-Isu Berkaitan Pernikahan Yang Menyalahi Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia Dan Kaedah Penyelesaiannya(Penerbit USIM, Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-11-18) ;Hasnizam Hashim ;Intan Nadia Ghulam Khan ;Haliza A. ShukorNabilah Yusof @ Abdul RahmanPengurusan institusi kekeluargaan yang efisien merupakan perkara penting dalam pembangunan modal insan dan juga merupakan perkara yang dituntut oleh Syarak bagi menjaga keturunan (Hifz al-Nasl). Hukum Syarak yang berkaitan dengan munakahat atau perkahwinan perlu diterjemahkan dalam bentuk proses dan prosedur yang teratur sebagai suatu garis panduan kepada masyarakat. Di Malaysia, selari dengan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembangan Persekutuan, tanggung jawab bagi mewujudkan proses dan prosedur ini digalas oleh Jabatan Agama Islam dan juga Mahkamah Syariah bagi negeri-negeri. Namun begitu, walaupun terdapat pelbagai khidmat berkaitan proses pernikahan dan juga perkhidmatan sokongan berkaitan diberikan, masih wujud pihak-pihak yang tidak mematuhi proses dan prosedur tersebut sehingga menyukarkan banyak pihak lain terutamanya agensi agama berkaitan. Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah hanya akan dirujuk apabila pihak-pihak ini berhadapan dengan masalah yang tidak mampu mereka selesaikan. Justeru, kertas kerja yang menggunakan metode kualitatif ini akan menganalisis tentang sejauhmanakah prosedur pernikahan sedia ada mampu untuk mendepani isu-isu dan permasalahanpermasalahan berkaitan perkahwinan yang tidak mengikut prosedur atau undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa prosedur perundangan sedia adalah teratur namun masih terdapat beberapa aspek yang boleh ditambah baik bagi menyelesaikan permasalahan atau isu-isu yang berlaku.