Browsing by Author "Najihah Mohd Hashim3"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Elemen Keseimbangan Dalam Tumbuhan Menurut Al-Quran: Satu Tinjauan Awal(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Siti Nurwanis Mohamed ;Monika@Munirah Abd RazzakNajihah Mohd Hashim3Pelbagai kes pencemaran alam sekitar direkodkan di serata dunia terutamanya di negara-negara maju. Rentetan daripada itu, ia mendatangkan kesan buruk dan menjejaskan keseimbangan ekosistem alam. Oleh yang demikian, tujuan artikel ini adalah untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran berkaitan elemen keseimbangan dalam tumbuhan. Bagi mendapatkan kesimpulan serta perkaitan antara ayat-ayat tersebut, kajian ini menggunakan metode analisis deduktif. Hasil analisis menemukan 236 perkataan dalam al-Quran yang menyentuh tentang elemen keseimbangan dalam tumbuhan iaitu, ia diwakili dengan istilah azwajun, qadarin dan mawzun. Namun demikian, dengan merujuk kepada kitab-kitab tafsir, didapati hanya lapan ayat sahaja yang menerangkan secara tepat mengenai elemen keseimbangan dalam tumbuhan. Berpandukan kepada huraian para mufasir, dapat disimpulkan terdapat tiga ciri pada elemen keseimbangan dalam tumbuhan menurut al-Quran. Pertama, tumbuhan diciptakan dengan berpasangan-pasangan. Kedua, sukatan air hujan yang turun menyuburkan tumbuhan dengan kadar yang tertentu. Ketiga, setiap tumbuhan di bumi diciptakan dengan timbangan yang seimbang dan adil. Justeru, hasil kajian ini menunjukkan elemen keseimbangan dalam tumbuhan sangat penting bagi kesejahteraan hidup manusia.