Browsing by Author "Nik Ahmad Sufian Burhan"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Pendorong Penglibatan Belia Melayu dalam Proses Pilihan Raya di Malaysia(USIM Press, 2023) ;Abdul Hadi Samsi ;Mohd Izani Mohd ZainNik Ahmad Sufian BurhanDalam konteks Islam penglibatan politik lebih menekankan persamaan, kebebasan dan penglibatan dalam politik. Persamaan merujuk kepada hak sama rata bagi setiap individu yang mahu melibatkan diri dalam politik. Manakala kebebasan politik merujuk kepada kebebasan untuk memilih dan mengkritik mana-mana pemimpin sekiranya tindakan yang dilakukan tidak wajar. Penglibatan pula merujuk kepada penglibatan diri dalam hal-hal berkaitan politik. Terdapat agen sosialisasi dilihat mampu meningkatkan dan menggalakkan penglibatan individu dalam proses pilihan raya. Artikel ini menfokuskan kepada belia Melayu dalam mengenal pasti sejauh mana faktor keluarga, masyarakat setempat dan media massa dapat mempengaruhi penglibatan dalam proses pilihan raya terdiri daripada mendaftar sebagai pengundi, melakukan semakan mengundi dan mengundi pada pilihan raya akan datang. Seramai 906 orang responden dikenal pasti bagi menjawab soal selidik yang telah disediakan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat jangkaan faktor-faktor yang signifikan bagi setiap proses pilihan raya yang diketengahkan. Bagi regrasi logistik jangkaan penglibatan belia Melayu dalam proses mendaftar sebagai pengundi menunjukkan hanya faktor media massa sahaja signifikan (p=0.014**). Manakala jangkaan bagi melakukan semakan mengundi menunjukkan faktor masyarakat setempat singnifikan (p=0.039**) dan faktor media massa sangat signifikan (p=0.000***). Bagi jangkaan faktor pendorong belia Melayu dengan proses akan mengundi pada pilihan raya akan datang menunjukkan hanya faktor keluarga sahaja signifikan (p=0.049**). Secara keseluruhan artikel ini menerangkan bahawa terdapat jangkaan faktor pendorong tertentu dalam meningkatkan penglibatan belia Melayu dalam proses pilihan raya. Sekiranya faktor bagi setiap proses pilihan raya ini diberikan perhatian sudah semestinya mampu meningkatkan penglibatan belia Melayu dalam proses pilihan raya di Malaysia2 6