Browsing by Author "Nik Yusri bin Musa"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Periwayatan Hadis Syiah: Analisis Dan Takhrij Hadis(Penerbit USIM, 2023) ;Nur Aina Mardhiah binti Che Rahim ;Nik Yusri bin Musa ;Amrina Rasyada binti Kamaruzaman ;Noor Fatimah binti MujahidKhairulnazrin NasirAdalah menjadi satu kewajipan kepada setiap muslim untuk merujuk kepada sumber dan panduan yang utama iaitu al-Quran dan hadis bagi setiap permasalahan yang semakin banyak menyentuh sensitiviti agama pada hari ini. Peranan hadis sangat penting dalam mentafsirkan keraguan, menjelaskan sesuatu hukum serta mengkhususkan perkara yang umum dalam Al-Quran dari sudut aqidah, ibadat, akhlak dan muamalat (Abullaith, 2011). Namun begitu, dalam suasana perbezaan ideologi, pegangan dan mazhab di kalangan umat Islam, Syiah memiliki jalur dan kefahamannya tersendiri dalam dunia hadis. Kajian ini menggunakan konsep kualitatif berdasarkan kajian kepustakaan yang bersumberkan kitab kutubussittah dan kajian yang berkaitan. Hasil kajian mendapati hadis-hadis yang dikemukakan oleh Syiah adalah maudhu’ dan apa yang membimbangkan adalah usaha mereka yang cuba mencipta hadis menyerupai hadis yang terdapat dalam kitab kutubussittah. Oleh hal demikian, usaha sebegini amat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat agar kritikan dan panduan diberi dengan jelas bagi membendung hadis-hadis Syiah dari tersebar dalam masyarakat. Amalan ‘semak sebelum sebar’ juga wajar dijadikan pegangan seharian untuk mengelakkan dari taasub dan mengamalkan perkara yang palsu atau tiada asas dalam agama.