Browsing by Author "Noonajihan Jaafar"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Amalan Mu’aqabah Dalam Rumah Tangga(UPSI PRESS, 2023) ;Nurul Hanis Sufia Othman ;Noonajihan JaafarAhmad Kamel MohamedKeharmonian dalam berumah tangga merupakan salah satu aspek penting dalam membentuk keperibadian seseorang. Pasangan yang ideal dan sempurna adalah impian setiap individu. Walau bagaimanapun, asam garam dalam hubungan suami isteri tidak lain dan tidak bukan menjadi satu lumrah yang perlu dihadapi. Setiap tingkah laku dan bahasa pertuturan ialah elemen yang sangat penting untuk dititikberatkan kerana disitulah bermulanya pembinaan hubungan yang baik. Perkara ini bukan sahaja mustahak bagi mengekalkan kemanisan hubungan suami isteri, bahkan ianya menjadi contoh tauladan untuk anak-anak yang saban hari berlegar-legar dalam rumah yang sama dan memerhatikan setiap situasi yang berlaku antara ibu bapa mereka. Justeru, bagi memastikan kelestarian dan atmosfera yang mendamaikan untuk seisi rumah, langkah yang betul perlu diamalkan sehingga setiap permasalahan dan kesilapan menjadi asbab kepada pembentukan akhlak yang murni serta dapat menyelesaikan pergolakan yang melanda. Melalui konsep hisbahyang dibawa oleh al-Ghazali, kajian ini menjadi satu elemen yang kurang diangkat sebagai amalan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan berumah tangga, iaitu konsep mu’aqabah. Kajian ini menggunakan dua pendekatan dalam pengumpulan data iaitu dokumen analisis dan temubual. Dua buah kitab yang dipilih sebagai sumber data ialah Siyar ‘Alam an-Nubala’dan Faslu al-Khattab fi az-Zuhdi wa ar-Raqaiq wa al-Adab. Kajian lapangan turut dilakukan dengan menemu bual enam orang pegawai runding cara di enam buah pejabat agama negeri Kelantan. Kajian ini dibuat bagi menganalisis pengetahuan mereka tentang konsep mu’aqabahdan dijadikan bahan kaunseling dalam sesi runding cara kerana pegawai-pegawai runding cara perkahwinan mempunyai pengalaman yang luas dalam memberikan khidmat kaunseling kepada suami isteri yang menghadapi masalah dalam perkahwinan mereka. Hasil kajian mendapati bahawa pegawai-pegawai rundingcara bersetuju, sekiranya konsep ini diterapkan dalam kehidupan berumah tangga dan konsep ini ternyata diguna pakai secara tidak langsung oleh pegawai runding cara dalam sesi khidmat nasihat yang diadakan di pejabat agama daerah masing-masing.