Browsing by Author "Noor Dahiah Sulhana Dzaina"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengamalan Nilai Agama Dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik Covid-19(Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 2020); ;Amin Al Haadi Shafie ;Zuraina AliNoor Dahiah Sulhana DzainaWabak Coronavirus Disease2019 (COVID-19) yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization(WHO) telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kemurungan. Kemurungan boleh mengganggu aspek psikologi dan kesejahteraan kendiri yang merupakan elemen penting dalam menentukan kefungsian diri manusia dan mempengaruhi sistem kesihatan dalam menghadapi penularan wabak ini. Justeru, penulisan ini bertujuan melihat cabaran kemurungan semasa pandemik COVID-19 yang menumpukan kepada aspek spiritualiti (kerohanian) bagi mencari solusi kepada kepulihan dan perubahan dalam masalah kemurungan. Kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan telah digunakan dalam kajian ini bagi merungkai cabaran dan solusi terhadap masalah kemurungan. Teori PsikoSpiritualal-Ghazali telah dirujuk bagi membantu pemahaman dalam permasalahan yang dihadapi ini. Kajian mendapati bahawa COVID-19 telah membawa kepada pelbagai implikasi yang mengundang kemurungan. Selain itu, melalui pendekatan terapi psikospiritual dengan kaedah solat, zikir, doa, amalan filantropi dan rasa redha dilihat sebagai salah satuplatform alternatif yang boleh digunakan dalam menangani masalah kemurungan. Oleh itu, melalui pemahaman terhadap implikasi kemurungan, langkah pencegahan yang terpilih mengikut pendekatan yang bersesuaian dapat dilaksanakan agar masalah kemurungan dapat dirawat dan seterusnya menjamin kesejahteraan individu yang terkesan dengan wabak COVID-19.