Browsing by Author "Noorhafizah Mohd Haridi"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ithbat Hafazan Al-quran: Satu Kajian Tinjauan Kalangan Lepasan Huffaz(Penerbit Universiti Melaka (UNIMEL), 2022) ;Zainora Daud ;Norazman AliasNoorhafizah Mohd HaridiIstilah hafazan sangat sinonim dengan para penghafaz yang sentiasa melazimi diri mereka dengan kalam Allah secara talaqqi, tahfiz, tafahum, tadabbur dan sebagainya. Namun kekuatan hafazan dan ingatan terhadap 30 juzuk al-Quran sering menjadi topik perbahasan utama dalam kalangan mereka. Isu pengekalan hafazan juga dikaitkan dengan masalah sikap, pengurusan masa serta kesilapan dalam strategi pengulangan. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana tahap pengukuhan (ithbat) hafazan para huffaz. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan pengumpulan data menerusi instrumen soal selidik, ujian syafawi serta ujian tahriri dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan. Teknik persampelan bertujuan dipilih oleh pengkaji merangkumi 116 lepasan huffaz yang terlibat dengan kemasukan program pengajian qiraat di USIM daripada pelbagai institusi. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengukuhan hafazan para pelajar masih perlu kepada penambahbaikan dalam aspek pengulangan ayat-ayat hafazan secara istiqamah. Kesimpulannya, para huffaz perlu menanamkan rasa kebertanggungjawaban sebagai hamalah al-Quran dan sentiasa mujahadah dalam mengukuhkan serta mengekalkan ayat-ayat hafazan al-Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Perbandingan Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi terhadap Simptom Stres Yang Dialami ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian Era Covid-19(Penerbit KUIS, 2021) ;Zainora Daud ;Noorhafizah Mohd HaridiNorazman AliasPandemik Covid-19 yang melanda dunia sehingga hari ini berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Ini mendatangkan suatu implikasi yang amat besar dalam aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Bagi mengelakkan penularan virus ini secara berleluasa, pihak Kementerian Pendidikan bersama-sama pelbagaipihak lain telah memutuskan sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian.Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membuat perbandingan simptom stres dalam kalangan para huffaz dalam bidang pengkhususan qiraat. Simptom stres terbahagi kepada fizikal, psikologikal, gangguan fikiran dan tingkah laku. Namun simptom-simptom ini memberi implikasi yang positif dan negatif dalam kehidupan individu. Implikasi positif membentuk jati diri dan motivasi pelajar ke arah kecemerlangandalam bidangyang dipilih, akan tetapi jika mendatangkan implikasi negatif, ini akan mendorong para pelajar kepada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang boleh menjejaskan kualiti pembelajaran mereka. Responden kajian terdiri daripada para pelajar di USIM dan KUIS. Pengumpulan data berdasarkan instrumen soal selidik dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan bagi mengenalpasti latar belakang pelajar dan meninjau gejala stres yang dialami para pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawasimptom-simptom stres antara kedua-duainstitusi berada di tahap yang berbeza.Bagi responden USIM menunjukkan bahawa tahap simptom stres mereka berada di tahap sederhana dengan mencatatkan ketiga-tiga konstruk berada di tahap sederhana tetapikonstruksimptom stres dalam aspek tingkah laku berada di tahap tinggi. Manakala bagi responden KUIS mencatatkan analisis keseluruhannya berada di tahap rendah dengan hasil semua konstruk berada di tahap rendah.Ini menunjukkan bahawa tahap stres dipengaruhi dengan keadaan persekitaran, keadaan dan persepsi diri individu itu sendiri. Kesimpulannya stres memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang mempunyai motivasi diri yang tinggi dalam kalangan pelajar walaupun ketika menghadapi waktu getir dengan pengurusan stress mereka berdasarkanpanduan Islam