Browsing by Author "Noornajihan Binti Jaafar"
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gerentologi dalam al Quran dan Sains(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Shah Rizul Izyan Binti ZulkiplyNoornajihan Binti JaafarGerentologi adalah kajian tentang proses penuaan serta masalah yang di hadapi oleh orang tua. Proses penuaan merupakan satu proses yang akan di alami oleh setiap manusia. Meskipun pelbagai usaha untuk kekal muda dari sudut perubatan, kosmetik dan teknologi namun manusia tidak mampu lari dari berlakunya proses penuaan. Oleh itu, kajian ini akan mengumpulkan ayat-ayat al Quran mengenai tua dengan mengunakan beberapa “ kata kunci” yang menunjukkan kepada maksud tua atau warga emas. Selain itu, kajian ini juga akan menghuraikan sifat warga emas dari sudut al Quran, pandangan ulama serta barat. Kajian ini mengunakan kaedah perpustakaan dengan menjadikan buku dan artikel sebagai panduan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat 20 ayat yang mempunyai perkataan tua dan membawa erti tua.kajian ini bermanfaat kepada masyarakat supaya lebih memahami dan empati kepada warga emas serta sebagai persediaan manusia sebelum menjelang usia emas. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Penguasaan Pembelajaran Al-Qur'an Berbantukan Aplikasi Multimedia Interaktif Smart Iqra': Kajian Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma, Pulau Pinang(Universiti Sains Islam Malaysia, 2018) ;Nur Atiqah Binti Abdul AzizNoornajihan Binti JaafarProses pengajaran berbantukan multimedia mampu menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Pemilihan perisian pembelajaran al-Quran berasaskan multimedia yang mengambil kira perbezaan dan kemampauan individu adalah penting dalam memastikan objektif dan hasil pembelajaran tercapai serta berupaya membantu mempercepatkan proses pembelajaran al-Quran. Artikel ini membincangkan penguasaan pembelajaran al-Quran berbantukan aplikasi multimedia interaktif Smart Iqra. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan pembelajaran al-Quran dalam kalangan murid OKUMP di SKPK, Alma dalam menggunakan aplikasi multimedia interaktif Smart Iqra. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian pemerhatian dan temubual separa berstruktur bagi menilai proses pembelajaran al-Quran murid-murid di SKPK Alma. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mendapatkan laporan pencapaian J-qaf. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan aplikasi Smart Iqra ini memberi impak yang positif kepada murid-murid dari sudut peningkatan kualiti penguasaan al-Quran serta mempunyai keupayaan mempelajari bacaan al-Quran dengan baik. Hal ini penting dalam memberi sumbangan yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Diharapkan para guru dapat merancang pengajaran secara sistematik dengan bantuan perisian Smart Iqra supaya pengajaran al-Quran yang dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar OKUMP akan menjadi suatu mata pelajaran yang mudah dan menyeronokkan.