Browsing by Author "Noorsafuan Che Noh"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Naratif Perang Canakkale 1915 Menurut Cerminan Sumber Primer Terpilih(Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE), 2020) ;Ezad Azraai Jamsari ;Raja Muhammad Imran Raja Abdul Aziz ;Ermy Azziaty Rozali ;Badlihisham Mohd Nasir ;Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari ;Adibah SulaimanNoorsafuan Che NohMakalah ini memerihalkan pencerakinan sumber-sumber primer terpilih berkenaan Perang Çanakkale (Perang Gallipoli) yang berlaku pada tahun 1915 dalam Kerajaan ‘Uthmaniyyah, di samping memberi anotasi holistik kepada sumber-sumber tersebut. Analisis naratif dalam kajian ini memberi erti pemerian dan pemerihalan aspek pengajaran penceritaan daripada catatan sumber-sumber terpilih berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti sumber-sumber primer terpilih dan anotasinya kepada Perang Çanakkale 1915. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, data kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer terpilih. Manakala bagi kaedah penganalisisan data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa terdapat kelompangan pada pemerolehan sumber-sumber berkaitan Perang Çanakkale 1915, khasnya dalam bahasa Melayu yang tercermin daripada perspektif anak watan. Justeru, kajian ini mengambil prakarsa untuk memfokuskan aspek analisis naratif bagi Perang Çanakkale 1915 dengan tumpuan pada beberapa sumber primer terpilih dalam bahasa Inggeris. Pencerakinan ini dilakukan secara holistik dengan penelitian anotasi terhadap bahan rujukan bagi sejarah Perang Çanakkale 1915 yang diklasifikasikan sebagai berwewenang. Analisis anotasi berkenaan dilakukan terhadap 10 bahan bagi kategori catatan perang (primer) yang dipilih secara rawak. Sumbangan kajian ini dapat memberi kemudahan dalam pencarian sumber berkaitan sejarah Perang Çanakkale 1915, khasnya dari sudut sumber primer berautoriti. Secara tidak langsung, kajian ini juga dapat memartabatkan bidang sejarah ketenteraan Islam, khususnya pada era ‘Uthmani kepada para pengkaji korpus sejarah dan tamadun Islam, di samping mewujudkan senarai rujukan Perang Çanakkale 1915 dalam bahasa Melayu bagi mengisi kelompangan yang dinyatakan sebelum ini. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Book Review : Teori Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Menengah Agama Di Malaysia(UKM Press, 2017) ;Mohd Adi Amzar Muhammad NawawiNoorsafuan Che Noh - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Jati Diri Kanak-Kanak Melayu-Islam Menerusi Pendidikan Awal(Pusat Pengajian Teras, USIM, 2019) ;Adibah Sulaiman @ Mohamad ;Noorsafuan Che NohEzad Azraai Jamsari3Jati diri atau self-identity memiliki sifat dan ciri tersendiri yang mendasari dan membentuk identiti sesebuah bangsa dari aspek adat, tradisi, bahasa, budaya dan agama. Ia menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu dalam sesebuah bangsa. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan peranan pendidikan awal bagi kanak-kanak Melayu-Islam dalam membentuk jati dirinya. Selain itu, objektif artikel ini adalah untuk menjelaskan maksud pemerkasaan jati diri dan pendidikan awal kanak-kanak Melayu Islam daripada beberapa pandangan sarjana bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang konsep ini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu pendekatan analisis teks bagi mencerakinkan maklumat daripada sumber yang berautoriti bagi memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh. Kajian ini mendapati terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi dalam usaha menyemai dan memupuk jati diri Melayu melalui pendidikan awal. Kajian ini disifatkan penting kerana ia menjelaskan peranan pendidikan awal dalam memberi kefahaman, membudayakan penghayatan dan memperkasakan jati diri generasi Melayu masa kini.