Browsing by Author "Noraishah Nordin"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Bukti Saintifik Dan Penerimaannya Di Mahkamah Syariah: Analisis Perundangan Bagi Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2020); ;Muhammad Hazim Ahmad ;Mohamad Anwar Zakaria ;Noraishah Nordin ;Siti Khadijah IshakNur Khairina OthamanPenggunaan bukti saintifik di mahkamah dapat mensabitkan seseorang dengan sesuatu kes, dan membebaskan orang yang tidak bersalah. Penerimaan bukti saintifik telah diamalkan di mahkamah sivil sejak tahun 1950-an dan diguna pakai secara meluas sehingga hari ini. Sungguhpun demikian, senario berbeza berlaku di mahkamah syariah, bukti saintifik amat jarang digunakan. Pada hakikatnya, undangundang Keterangan Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan yang hampir sama dengan Akta Keterangan 1950 berkaitan pembuktian saintifik. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mengkaji peruntukan dalam undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah berkaitan bukti saintifik dan penerimaannya di mahkamah syariah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah penyelidikan dokumentari dalam pengumpulan data primer dan sekunder. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dengan pendekatan penalaran induktif. Hasil kajian menunjukkan pembuktian saintifik boleh dilakukan oleh ahli forensik. Hukum Syarak menerima dan mengamalkan pembuktian saintifik sebagai salah satu kaedah bagi mensabitkan atau menafikan sesuatu dakwaan. Selain itu, undang-undang keterangan mahkamah syariah juga membuka laluan dan ruang untuk menerima pakai kaedah pembuktian saintifik melalui peruntukan berkaitan keterangan dokumen awam dan pendapat pakar. Terdapat prosedur perundangan yang telah disediakan berkaitan pembuktian saintifik. Hukum Syarak didapati tidak menolak konsep sains forensik malah telah menerimanya sejak ribuan tahun sebelum diperkenalkan melalui nama, terma, dan konsep yang moden. Aplikasi dan sumbangan kajian ini tertumpu pada kajian undang-undang keterangan serta membuat penjelasan berkaitan pendapat pakar yang kurang dikupas dalam kajian terdahulu. Kajian ini turut memberikan kefahaman yang terhadap konsep sains forensik dalam konteks undang-undang keterangan mahkamah syariah.