Browsing by Author "Norazman Alias"
Now showing 1 - 20 of 30
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Analisis Pengaplikasian Pelajar Terhadap Perisian Maktabah Syamilah Dalam Pengajian Hadis(Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, 2022) ;Zainora binti Daud ;Norazman AliasRabaatul Adawiyah JunusHadis memainkan peranan yang sangat penting sebagai sumber perundangan syariat kedua selepas al-Quran. Oleh kerana itu, pengajian hadis sangat penting kerana penguasaan ilmu ini akan memberi implikasi yang besar dalam sandaran hukum-hukum fiqh serta pentafsiran ayat al-Quran. Maka displin ilmu hadis atau ulum hadis diperlukan dalam pengkelasan hadis dari aspek sumber rujukan, jumlah periwayat, kebolehpercayaan serta ingatan periwayat, rantaian, rupa teks dan isnad bagi menentukan kualiti keshahihan sesuatu hadis kerana hadis melibatkan periwayatan dan rantaian penyampai yang panjang. Namun begitu, kepesatan teknologi dalam bidang pendidikan Islam khususnya ilmu hadis telah mempelbagaikan medium pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan dalam proses perolehan sumber-sumber rujukan arab seperti perisian Maktabah Syamilah yang berfungsi sebagai perpustakaan digital memuatkan ribuan buku teks arab sehingga menjadi mesra pelangan dari aspek fasiliti serta masa. Lantaran itu, objektif kajian ini adalah untuk meninjau serta menganalisis tahap pengaplikasian perisian Maktabah Syamilah dalam pembelajaran hadis. Metodologi kajian berbentuk kajian kuantitatif melalui instrumen set soal selidik yang telah diedarkan kepada 132 pelajar tahun akhir, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan perisian Maktabah Syamilah dalam bidang pembelajaran hadis pada tahap memuaskan. Bahkan semua pelajar memahami bahawa perisian Maktabah Syamilah sangat diperlukan dalam bidang pengajian hadis bagi memudahkan proses perolehan buku-buku rujukan serta sangat membantu dalam menyelesaikan tugasan-tugasan ilmiah. Kesimpulannya, para pelajar perlu memiliki pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam menggunakan perisian serta teknologi dalam bidang pengajian hadis bagi mendepani revolusi perindustrian 4.0, sekaligus fasiliti ini akan meningkatkan minat dan penguasaan yang baik terhadap semua bidang pengajian Islam - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Aplikasi Al-tahammul Wa Al-adaa' Dalam Kalangan Qurra' Dan Kepentingannya(FPPI, KUIS, 2020) ;Mohamad Redha Mohamad ;Farhah Zaidar RamliNorazman AliasQuran is the main source of reference for Muslims in their daily lives. It is a holy book that is always be read, practiced and inherited from time to time. Muslims read the Quran form teacher’s guidance to get and obtain an authentic way of reading. It is common knowledge that the Quran is inherited to every generation by the recitations learning method from the teacher, namely talaqqī (meet) by mushāfaḥah (read mouth to mouth). Unfortunately, the society is still unclear and does not know the concept of al-Taḥammul wa al-Adā’ (receive and practice) in the inheritance of Quran recitation. Al-Taḥammul is a process of receiving and learning knowledge, while al-Adā’ is a process of practicing the knowledge. Thus, this article will discuss the application of al-Taḥammul wa al-Adā’ among qurrā’ (narrators of recitations of Quran) and its importance. Data of the study were collected through library document analysis, while the data analysis method was descriptive. The findings show that there are several importance of the al-Taḥammul wa al-Adā’ application which is to ensure the connection of sanad, avoid tadlīs or deviation of sanad and for record and reference purposes. The implications of this study are important to guide the community to know the knowledge of al-Taḥammul wa al-Adā’ in the inheritance of Quran recitation. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Ilmu Tajwid Secara Dalam Talian Dalam Fasa PKP: Kajian Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Anuar Hasin ;Zainora DaudNorazman AliasIsu pembelajaran secara dalam talian semakin mendapat perhatian oleh pusat pengajian tinggi terutamanya sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan bermula Mac 2020. Artikel ini menganalisa cabaran yang dihadapi oleh para pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah yang mengambil mata pelajaram ilmu Tajwid pada semester 2, sesi 2019/2020 secara dalam talian dalam fasa PKP. Artikel ini menggunakan method kualitatif melalui soal selidik dengan soalan terbuka terhadap 20 orang pelajar yang telah mengambil subjek berkenan bagi mengenalpasti cabaran yang mereka hadapi ketika mengikuti pengajian secara dalam talian. Artikel juga menerima maklum balas tentang aspek penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian pada masa akan datang. Hasil kajian mendapati 55 peratus responden menyatakan masalah utama yang dihadapi ialah berkaitan talian internet. Selebihnya mengakui bahawa terdapat cabaran lain seperti kurang kerjasama di antara kumpulan dan kesukaran fokus serta kekurangan motivasi dan komitmen terhadap kelas. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Covid-19: Isu Dan Solusi Pelaksanaan Pdp Dalam Talian Bagi Kursus Hifz Al-Quran Iv Di USIM(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-15) ;Norazman Alias ;Anuar HasinZainora DaudKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui bentuk cabaran pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam talian bagi kursus yang berkonsepkan hafazan al-Quran di USIM ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Hakikatnya terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh semua pihak termasuk pensyarah dan pelajar dalam tempoh tersebut. Proses PdP yang selama ini tertumpu kepada bersemuka dan e-learning, akhirnya terpaksa dilaksanakan secara dalam talian 100% akibat daripada pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh negara. Satu kajian kualitatif melibatkan 20 orang pelajar telah dijalankan bagi mengetahui cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam tempoh pembelajaran tersebut. Kaedah soal selidik soalan terbuka telah dikendalikan bersama kesemua pelajar terpilih bagi mengumpul data berkaitan empat isu utama iaitu: i) pandangan pelajar ii) kekangan dan cabaran iii) cadangan penambahbaikan iv) pandangan pendirian persetujuan. Maklum balas daripada kesemua peserta telah disusun dan dikupas mengikut tema yang dinyatakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa para pelajar selaku sumber primer kajian secara umumnya mempunyai pandangan yang positif terhadap proses PdP secara dalam talian di musim pandemik Covid-19 ini. Namun begitu, masih terdapat beberapa kekangan yang perlu dihadapi oleh mereka dan ruang penambahbaikan yang perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak yang berkaitan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Dato’ Haji Abdul Hak @ Abdul Ghani Abdullah : Penglibatan Dan Gaya Bacaan Dalam Seni Lagu Al-Quran(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Mohd Zaini Zakaria ;Khairul Anuar Mohamad ;Adnan Mohamed YusoffNorazman AliasKertas kerja ini merupakan suatu penulisan tentang seni lagu al-Quran yang menjurus kepada biografi, penglibatan serta sumbangan seorang personaliti tokoh qari terkenal di negeri Kedah yang mewakili beberapa era iaitu Dato’ Haji Abdul Hak @ Abdul Ghani Abdullah. Selain itu kertas kerja ini juga turut menyentuh tentang gaya bacaan beliau dalam seni lagu al-Quran. Sepertimana yang diketahui umum bahawa negeri Kedah merupakan salah sebuah negeri yang begitu menonjol dalam seni lagu al-Quran di Malaysia melalui beberapa kejayaan yang telah dilakar oleh qari-qari yang tersohor dari negeri tersebut pada suatu ketika, namun begitu tiada sebarang penulisan dilakukan untuk mendokumentasi biografi serta sumbangan mereka ini selain dari mengkaji tentang setiap gaya bacaan mereka berikutan transfomasi ilmu seni lagu al-Quran yang semakin berkembang. Justeru penulisan ini telah menyelidiki beberapa aspek yang telah dikemukakan berkaitan dengan penglibatan dan gaya bacaan Dato’ Haji Abdul Hak @ Abdul Ghani Abdullah . Penulisan ini telah menggabungan antara kajian kepustakaan dan lapangan di mana metode yang digunakan untuk pengumpulan data dalam penulisan ini adalah berdasarkan maklumat pendokumentasian data, temubual, pemerhatian dan penelitian terhadap beberapa rakaman bacaan beliau. Dapatan daripada kajian telah menunjukkan Dato’ Haji Abdul Hak @ Abdul Ghani Abdullah telah memain peranan yang begitu besar dalam perkembangan seni lagu al-Quran khususnya di negeri Kedah bukan sekadar sebagai seorang qari sahaja malah sebagai seorang juri penghakiman, panel dan fasilitator berkaitan seni lagu al-Quran. Dari segi gaya bacaan pula terdapat keseimbangan dari segi perbezaan dan persamaan dalam nada suara, pembawaan lagu serta alunan burdah. Melalui gaya bacaan beliau ini telah meniggalkan legasi warisan terhadap perkembangan seni lagu al-Quran di negeri Kedah khususnya dari sudut pembacaan qari. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Eminence and Contributions of the Companions in the Development and Teaching of the Qur’anin the First Hijri Century(School of Social Sciences & Humanities, University of Management and Technology (UMT), 2024) ;Norazman AliasNor Hafizi bin YusofThe process of Qur’ānic teaching in the Islamic world began during the Era of Revelation. Islamic history proves that the Qur’ān was inherited through talaqqī bi al-Mushāfahah (direct oral transmission) from teacher (murshid) to student, passing through a chain of teachers until it reaches the source of its revelation that is Prophet Muḥammad. The companions of the Prophet played a significant role in spreading the message of Islam across the world during their time by teaching the Qur’ān to the Ummah (Muslim community). A significant number of modern Muslims don't have much knowledge about Islamic history, including the vital roles played by the companions in shaping and disseminating the teachings of the Qur’an. This research aims to provide a brief overview of the early history of the development and teaching of the Qur’ān in the first century of the Hijri and explored the scholarship of the companions involved. The study utilised a literary method and a historiographical approach. Each historical fact recorded was analysed through the process based on inductive (taḥlīli), deductive (istinbāṭ), and comparative (muqāranah) methods, while relying on the historical references as primary sources authored by the Islamic scholars. The findings revealed that a significant number of companions, not only Muslim men but also women, played an essential role in disseminating the Qur’ān during the first century of the Hijri calendar. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Fenomena Tahfiz di Malysia: Keperluan Institut Perguruan Tahfiz Malaysia bagi Lepasan Aliran Tahfiz(UNISZA, 2020) ;Norazman Alias ;Muhammad Hafiz Saleh ;Abd Muhaimin Ahmad ;Muhammad Arif Musa ;Hayati HussinZainora DaudIt is well known that the Quranic sanad is one of the three main conditions in accepting the authentic of Quranic recitations (also known as qiraat). In the beginning, the Quranic sanad was recorded on a piece of paper as an important document confirming that one had finished reading the Quran in front of the teacher and had completed all knowledge related to qiraat. The writings relating toQuranic sanad have evolved with the birth of Quranic figures such as Al-Zahabi (d. 748H) who produced the work of Ma'rifah al-Qurra’ al-Kibar, Ibn al-Jazari (d. 833H) through the work of Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra’ and al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr and more. The objective of this study is to study the methodology in the writing of former scholars in works related to the Quranic sanad. In addition, the study also focuses on the writings of contemporary scholars in this field such as the book of Ithaf al-Zaman bi Asanid Ahl al-Quran by Dr. Ilyas al-Barmawi and the book of al-Salasil al-Zahabiyyah bi al-Asanid al-Nasyriyyah by Dr. Aiman Rusydi Suwaid who reviews the Quranic sanad in a structured and critical manner. This study will be conducted through descriptive qualitative methods with particular focus on selected Quranic sanad books. The deductive method in the study will be used to maximize the expected results. The study found that writing in this field has been given priority by previous scholars by using of the Qurra’ biography method, their teachers and students. The contemporary scholars, however, emphasized the existence of high-level sanad to the Messenger of Allah and also discussed current issues related to sanad. Keywords: Quranic sanad, Intensity of Ulama, Methodology - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Gejala Stres Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Era Covid 19: Satu Analisis Di Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, USIM(Penerbit USIM, 2021) ;Zainora Daud ;Norazman AliasAnuar HasinThe implication of high-stress symptoms will lead to unhealthy personalities and thoughts. It also affected learning performance by reducing physical health level and increased social issues. Hence, objectives of this study are to identify students' background and to analyze stress symptoms from physical, psychological, mental disorders, and behavioral aspects during the online learning process in Covid-19 era. This is a quantitative study, and data were collected by distributing questionnaires among second-year students, Bachelor of Qiraat Studies with Honours, USIM. Descriptive analysis method that was applied during data analysis includes frequent, percentage, and mean score by using Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 19 (SPSS) software. Based on results, students' stress level are moderate. However, some items in stress symptoms construct are in high level. As a conclusion, stress symptoms can be controlled and well-managed by relying on Allah and placing trust in Him while facing Covid-19 pandemic. Therefore, a good personal identity will be developed and improved. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Ithbat Hafazan Al-quran: Satu Kajian Tinjauan Kalangan Lepasan Huffaz(Penerbit Universiti Melaka (UNIMEL), 2022) ;Zainora Daud ;Norazman AliasNoorhafizah Mohd HaridiIstilah hafazan sangat sinonim dengan para penghafaz yang sentiasa melazimi diri mereka dengan kalam Allah secara talaqqi, tahfiz, tafahum, tadabbur dan sebagainya. Namun kekuatan hafazan dan ingatan terhadap 30 juzuk al-Quran sering menjadi topik perbahasan utama dalam kalangan mereka. Isu pengekalan hafazan juga dikaitkan dengan masalah sikap, pengurusan masa serta kesilapan dalam strategi pengulangan. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmana tahap pengukuhan (ithbat) hafazan para huffaz. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan pengumpulan data menerusi instrumen soal selidik, ujian syafawi serta ujian tahriri dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan. Teknik persampelan bertujuan dipilih oleh pengkaji merangkumi 116 lepasan huffaz yang terlibat dengan kemasukan program pengajian qiraat di USIM daripada pelbagai institusi. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengukuhan hafazan para pelajar masih perlu kepada penambahbaikan dalam aspek pengulangan ayat-ayat hafazan secara istiqamah. Kesimpulannya, para huffaz perlu menanamkan rasa kebertanggungjawaban sebagai hamalah al-Quran dan sentiasa mujahadah dalam mengukuhkan serta mengekalkan ayat-ayat hafazan al-Quran. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kajian Perbandingan Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi terhadap Simptom Stres Yang Dialami ketika Sesi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian Era Covid-19(Penerbit KUIS, 2021) ;Zainora Daud ;Noorhafizah Mohd HaridiNorazman AliasPandemik Covid-19 yang melanda dunia sehingga hari ini berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Ini mendatangkan suatu implikasi yang amat besar dalam aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Bagi mengelakkan penularan virus ini secara berleluasa, pihak Kementerian Pendidikan bersama-sama pelbagaipihak lain telah memutuskan sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian.Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membuat perbandingan simptom stres dalam kalangan para huffaz dalam bidang pengkhususan qiraat. Simptom stres terbahagi kepada fizikal, psikologikal, gangguan fikiran dan tingkah laku. Namun simptom-simptom ini memberi implikasi yang positif dan negatif dalam kehidupan individu. Implikasi positif membentuk jati diri dan motivasi pelajar ke arah kecemerlangandalam bidangyang dipilih, akan tetapi jika mendatangkan implikasi negatif, ini akan mendorong para pelajar kepada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang boleh menjejaskan kualiti pembelajaran mereka. Responden kajian terdiri daripada para pelajar di USIM dan KUIS. Pengumpulan data berdasarkan instrumen soal selidik dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan bagi mengenalpasti latar belakang pelajar dan meninjau gejala stres yang dialami para pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawasimptom-simptom stres antara kedua-duainstitusi berada di tahap yang berbeza.Bagi responden USIM menunjukkan bahawa tahap simptom stres mereka berada di tahap sederhana dengan mencatatkan ketiga-tiga konstruk berada di tahap sederhana tetapikonstruksimptom stres dalam aspek tingkah laku berada di tahap tinggi. Manakala bagi responden KUIS mencatatkan analisis keseluruhannya berada di tahap rendah dengan hasil semua konstruk berada di tahap rendah.Ini menunjukkan bahawa tahap stres dipengaruhi dengan keadaan persekitaran, keadaan dan persepsi diri individu itu sendiri. Kesimpulannya stres memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang mempunyai motivasi diri yang tinggi dalam kalangan pelajar walaupun ketika menghadapi waktu getir dengan pengurusan stress mereka berdasarkanpanduan Islam - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepedulian Sarjana Hadith Dalam Ilmu Qiraat: Tokoh Dan Penulisan(Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari Faculty, 2021-12) ;Norazman Alias ;Zainora DaudAnuar HasinIt is common knowledge that the science of hadith and the science of qiraat are two different disciplines of knowledge in terms of its debates and studies. Both branches of knowledge have their own scholars and expertises. The fact is, the scholars of the past in particular were not only known as experts in the knowledge they pioneered, but they also studied the other disciplines since they were little. This matter can be seen through the writings related to the knowledge of qiraat quoted in various books of hadith written by hadith scholars as well as the praise of scholars for their mastery of knowledge. Among the hadith figures who are skilled in the science of qiraat are such as Humaid bin Qais al-‘Araj (died 130H), ‘Ali bin‘ Umar al-Daruquthni (died 385H), Shihabuddin Abu Syamah al-Maqdisi (died 665H) and many more. The objective of this study is to examine some examples of the concern of hadith scholars towards the science of qiraat. In addition, the study also focuses on writings related to qiraat quoted by hadith scholars in their books as research evidence. The results of the study found that writing in the field of qiraat has been given priority by previous hadith scholars directly, either in the context of narration or narration. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepedulian Sarjana Hadīth Dalam Ilmu Qiraʾat; Tokoh Dan Penulisan(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Norazman Alias ;Zainora DaudAnuar HasinUmum mengetahui bahawa ilmu hadith dan ilmu qiraat ialah dua disiplin ilmu yang berbeza dari sudut perbahasannya dan kajiannya. Kedua-dua cabang ilmu tersebut mempunyai para sarjana dan cendekiawannya yang tersendiri. Hakikatnya, para ilmuwan silam khususnya bukan sahaja dikenali sebagai pakar dalam ilmu yang dipelopori, bahkan mereka juga mendalami disiplin ilmu lain sejak mereka kecil lagi. Perkara ini boleh dilihat menerusi penulisan berkaitan ilmu qiraat yang dinukilkan di dalam pelbagai kitab hadith yang dikarang oleh ilmuwan hadith serta pujian ulama terhadap penguasaan ilmu mereka. Antara tokoh hadith yang berkemahiran dalam ilmu qiraat adalah seperti Humaid bin Qais al-‘Araj (wafat 130H), ‘Ali bin ‘Umar al-Daruquthni (wafat 385H), Shihabuddin Abu Syamah al Maqdisi (wafat 665H) dan ramai lagi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa contoh kepedulian sarjana hadith terhadap ilmu qiraat. Selain itu, kajian memberi fokus juga kepada penulisan berkaitan qiraat yang dinukilkan oleh sarjana hadith dalam kitab mereka sebagai bukti kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penulisan dalam bidang qiraat telah diberi keutamaan oleh sarjana hadith terdahulu secara langsung, sama ada dalam konteks dirayah mahupun riwayah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Keperluan Institut Perguruan Tahfiz Malaysia bagi lepasan aliran Tahfiz(Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 2020-04-28)Norazman AliasIt is well known that the Quranic sanad is one of the three main conditions in accepting the authentic of Quranic recitations (also know as qiraat). In the beginning, the Quranic sanad was recorded on a piece of paper as an important document confirming that one had finished reading the Quran in front of the teacher and had completed all knowledge related to qiraat. The writings relating toQuranic sanad have evolved with the birth of Quranic figures such as Al-Zahabi (d.748H) who produced the work of Ma'rifah al-Qurra’ al-Kibar, Ibn al-Jazari (d. 833H) through the work of Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra’ and al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr and more.The objective of this study is to study the methodology in the writing of former scholars in worksrelated to the Quranic sanad. In addition, the study also focuses on the writings of contemporary scholars in this field such as the book of I thaf al-Zaman bi Asanid Ahl al-Quran by Dr. Ilyas al-Barmawi and the book of al-Salasil al-Zahabiyyah bi al-Asanid al-Nasyriyyah by Dr. AimanRusydi Suwaid who reviews the Quranic sanad in a structured and critical manner. This study will be conducted through descriptive qualitative methods with particular focus on selectedQuranic sanad books. The deductive method in the study will be used to maximize the expectedresults. The study found that writing in this field has been given priority by previous scholars byusing of the Qurra’ biography method, their teachers and students. The contemporary scholars,however, emphasized the existence of high-level sanad to the Messenger of Allah and alsodiscussed current issues related to sanad. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kriteria Keperibadian Manusia Menurut Perspektif al-Quran: Suatu Sorotan Literatur(Penerbit USIM, 2023) ;Zainora Daud ;Anuar HasinNorazman AliasManusia merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang paling mulia dimartabatkan dalam al-Quran. Allah SWT telah melantik manusia sebagai khalifah untuk memimpin bumi ini. Lantaran itu, seiring dengan tanggungjawab yang diamanahkan, manusia dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan anugerah nikmat Allah SWT sebagai fasiliti untuk mengembelang tanggungjawab tersebut. Namun begitu, manusia juga dibekalkan pilihan dalam mencari keampuanan dan keredhaan Allah SWT dengan segala cabaran dan ujian yang perlu dihadapi dalam kehidupan duniawi. Ini kerana setiap kebaikan dan keburukan itu merupakan satu mehnah yang diuji kepada manusia sebagai penentuan tahap keimanan dan parameter nilai kesyukuran yang dimiliki oleh para hambaNya tentang keagungan dan keesaan Allah SWT. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah untuk meninjau kriteria keperibadian manusia menurut perspektif al-Quran. Metodologi kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang mengklasifikasikan pelbagai kriteria keperibadian manusia supaya menjadi panduan dan bimbingan kepada kita dalam memperoleh hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Kesimpulannya manusia dianugerahkan dengan pelbagai nikmat seperti akal fikiran, pancaindera dan perasan serta nafsu yang mampu membentuk manusia sebagai insan aflah di dunia dan akhirat, Bahkan mampu mengimbangi diri mereka antara tabiat negatif dan tabiat positif dalam melahirkan insan yang beriman. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Memburu Ganjaran Pahala Ibadat Haji Dan Umrah Mabrur Di Era Pandemik Covid 19: Alternatif Bagi Umat Islam Yang Tertahan Ke Tanah Suci Mekah Memperolehi Pahalanya Dari Perspektif Quran, Hadis Dan Sirah Rasulullah SAW(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-10-06) ;Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi ;Syed Najihuddin Syed HassanNorazman AliasKertas kerja ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan bagaimana alternatif memperolehi pahala Haji dan Umrah bagi Umat Islam atau bakal-bakal jemaah Haji dan Umrah yang tertahan untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah di musim pandemik Covid 19 ini tanpa mengugurkan kewajipan pelaksanaannya pada masa akan datang. Bagi mencapai objektif penulisan ini, method kepustakaan digunakan untuk menganalisa semua dokumen berkaitan yang dikumpul. Dapatan kertas kerja ini mendapati terdapat sirah-sirah Rasulullah SAW di dalam Al-Quran dan Hadis yang menerangkan bagaimana memperolehi pahala Haji dan Umrah dalam amalan-amalan kehidupan seharian, dan juga bagi Umat Islam yang tidak mampu mengerjakan Ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci Mekah tetapi berhajat kepada ganjaran pahala Haji dan Umrah. Diharapkan dapatan dari penulisan ini akan menjadi penawar dan rawatan bagi Umat Islam yang bersedih tidak mampu menunaikan ibadat Haji dan Umrah di Tanah Suci Mekah seterusnya redha dan bersangka baik di atas ketentuan Allah SWT kerana ibadat haji dan umrah di Baitullah adalah jemputan-Nya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Methods of Memorizing Mutashabihat Verses: Study on Darul Quran, JAKIM and Department of al-Quran and al-Qiraat KUIS(Universiti Sultan Zainal Abidin, 2021) ;Abd Muhaimin Ahmad ;Muhammad Hafiz Saleh ;Muhammad Arif Musa ;Norazman AliasKhairul Anuar MuhammadThere are challenges in memorizing the Quran and therefore it requires an effective and systematic method to facilitate students to memorize as well to retain the Quran. Among the biggest challenge faced by a student is to remember the mutashabihat verses which appear to be like one another. The difficulty in memorizing and remembering the mutashabih lafaz verses requires specific teaching and learning methods from the institutions of tahfiz, teachers and students. However, how far this matter is addressed seriously at the institutional of tahfiz is still questionable. Therefore, the objective of the study is to identify the methods of memorization among students tahfiz on the mutashabih lafaz verse, by making Darul Quran Jakim and Department of al-Quran and al-Qiraat, KUIS as research locations. This study was developed based on qualitative method using semi structured interviews as research instrument. 30 tahfiz students from both institutions were selected as participants. The study found that the most frequently methods used were; 1. Identifying the mutashabihat verses and making relevant notes during the memorization and revision sessions, 2. Referring to Quranic exegesis or translation to understand the meaning of the verses, 3. Repeating as much as possible with a focus on the mutashabihat verses. The study also found that no specific reference or book was used in both institutions to overcome the difficulty of memorizing the mutashabihat verses. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Modul Pengajaran Al-Quran Braille : Tinjauan Awal(Universiti Sains Islam Malaysia, 2012) ;Norhasnira Ibrahim ;Norakyairee Mohd Raus ;Nor Adzam Rasdi ;Noornajihan Jaafar ;Norazman Alias ;Norullisza KhosimNorzulaiii Mohd GhazaliPenghasilan al-quran dan Iqra' versi Braille telah banyak membantu para guru dan MBK Masalah Penglihatan untuk mempelajari al-Quran dan sekaligus dijadikan sebagai sukatan dalam kurikulum Pendidikan Islam masa kini. Walaubagaimanapun, hasil kajian mendapati masalah utama yang dihadapi oleh para guru ialah mereka tiada asas Braille dan tidak mengetahui kod Braille a1 -Quran kerana tiada sebarang pendedahan mengenainya semasa mengikuti Latihan Perguruan. Selain itu, tiada kursus dan latihan berkala khususnya mengenai a1 -Quran Braille yang disediakan untuk mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka sebagai guru pendidikan khas. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat tinjauan awal terhadap kandungan modul pengajaran al -Quran Braille untuk membantu guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas (GPI PK) dalam mengaplikasikan kaedah dan teknik yang sesuai semasa mengajar Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan (MBK MaL). Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan mengaplikasikan metod penentuan subjek, pengumpulan data, pemerhatian dan temu bual dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam elemen penting yang perlu dikuasai oleh para GPI -PK iaitu MBK Masalah Penglihatan, GPI Dalam Program Pendidikan Khas, Kod Braille, Pengantar A1 -Quran Braille, tanda bacaan serta tanda waqafAl -Quran Braille. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembelajaran Ilmu Tajwid Secara Dalam Talian Di Era Covid-19: Satu Tinjauan Menurut Persprektif As Sunnah(Universiti Sains Islam Malaysia, 2020-10-29) ;Anuar Hasin ;Norazman AliasZainora DaudIlmu Tajwid al-Quran merupakan sebuah ilmu yang bercorak teori dan praktikal. Kebiasaanya ilmu ini dipelajari melalui kaedah talaqqi dan musyafahah yakni murid menadah ilmu dan mengambil bacaan secara bersemuka dan terus daripada guru. Namun, sejak wabak Covid-19 melanda dunia, corak pembelajaran di dunia yang lazimnya secara bersemuka telah berubah kepada norma baru iaitu pembelajaran secara dalam talian. Hal yang demikian turut memberi kesan ke atas perjalanan pembelajaran ilmu tajwid di kebanyakan institusi. Kertas kerja ini adalah bagi mengenalpasti sejauhmana penerimaan as-Sunnah terhadap pembelajaran tajwid al-Quran secara dalam talian. Selain itu, ia juga adalah untuk meneroka panduan yang telah digariskan oleh as-Sunnah berkaitan dengan pembelajaran al-Quran dan keterikatan pembelajaran secara dalam talian terhadapnya. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif melalui analisis terhadap hadis-hadis Nabi s.a.w yang berkaitan dengan pembelajaran Al-Quran juga pandangan ulama-ulama berkenaannya dan juga pemerhatian ke atas saluran-saluran pembelajaran ilmu tajwid secara dalam talian di dalam masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa Islam melalui as-Sunnah tidak menghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pembelajaran ilmu al-Quran seperti tajwid dan seumpamanya namun ia mestilah tidak menjejaskan keaslian ilmu itu serta mestilah berupaya memelihara tradisi asal keilmuan ilmu tersebut seperti talaqqi dan musyafahah. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengajaran Al-Quran Braille: Isu Dan Cabaran Semasa(Centreof Quranic Research (CQR), University of Malaya, 2013) ;Norakyairee Mohd. Raus ;Mohd Nur Adzam Rasdi ;Norazman Alias ;Norhasnira Ibrahim ;Norullisza Khosim ;Noornajihan Ja'afar ;Ab. Halim Tamuri ;Norshidah Mohamed SallehHajarul Bahti ZakariaProgram Pendidikan Khas masa kini menawarkan peluang pendidikan agama kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) Masalah Penglihatan, Pendengaran, dan Pembelajaran khususnya pengajian al-Quran. Dalam konteks MBK Masalah Penglihatan, kewujudan al-Quran Braille memberi peluang dan ruang kepada anak istimewa ini membudayakan al-Quran dalam kehidupan harian. Objektif utama kajian ini adalah untuk menjelaskan senario perkembangan pengajaran al-Quran Braille di Malaysia. Selain itu, ia bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam pengajaran al-Quran Braille. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menjadikan protokol pemerhatian dan temu bual untuk mendapatkan data. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan beberapa isu dan cabaran GPI dalam pengajaran al-Quran Braille yang memerlukan sokongan dan tindakan semua pihak bagi menjayakan konsep indahnya hidup beragama dalam kalangan MBK Masalah Penglihatan. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pengamalan Ilmu Tajwid Dalam Pengajian Talaqqi Al-Quran Bersanad(Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 2018) ;Mohd Hasbie al-Shiddieque Ahmad ;Khairul Anuar MohamadNorazman AliasIlmu tajwid merupakan satu ilmu yang membincangkan tentang cara sebutan huruf dan tempat keluar huruf. Tambahan juga ilmu tajwid adalah ilmu khusus untuk memperelokkan bacaan al-Quran. Menjadi satu amalan di kalangan ulama iaitu mempelajari al-Quran secara talaqqi bersanad di kalangan ulama qurra'. Seterusnya amalan ini diteruskan dari generasi ke generasi sehingga pada zaman ini. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sejauh mana pengamalan ilmu tajwid dalam pengajian talaqqi sanad al-Quran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menjadikan soal selidik dijadikan sabagai instrumen utama. Seterusnya analisis deskriptif digunakan untuk mendapat nilai skor min, kekerapan, peratus, dan sisihan piawan. Data di analisis menggunakan perisian IBM SPSS statistics 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa pengamalan ilmu tajwid dalam pengajian talaqqi al-Quran bersanad berada ditahap yang memuaskan iaitu 4.21 hingga 5.0 Implikasi kajian ialah pemantapan ilmu tajwid haruslah diberi tumpuan dalam proses pengajian al-Quran bersanad oleh guru yang berpengalaman.