Browsing by Author "Nordin, R."
Now showing 1 - 2 of 2
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kepelbagaian Dan Kesepaduan Etnik Di Malaysia Menurut Islam(UiTM Melaka, 2017) ;Mohamad Rohana, N. A. ;P.Rameli, M. F. ;Nordin, R.Hashim, S. N. I.Kajian ini membincangkan tentang asas kewujudan pelbagai etnik di Malaysia berasaskan sejarah pembentukan negara Malaysia. Kepelbagaian etnik merupakan satu bukti keagungan Allah SWT. Justeru itu, bagi mencapai matlamat dan hikmah penciptaan tersebut, pelbagai inisiatif dan langkah konstruktif perlu dilaksanakan secara bijaksana di pelbagai peringkat sama ada individu, masyarakat apatah lagi pemerintah berpandukan maksud tersirat di sebalik firman Allah SWT tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan beberapa ayat dari Surah al-Hujuraat mengenai hikmah kerencaman etnik yang wujud dengan melihat faktor pembentukan pelbagai etnik di Malaysia dari sudut sejarahnya dan korelasinya dengan realiti semasa dalam rangka membentuk keharmonian etnik. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan menerusi kaedah analisis dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa keagungan Allah SWT dalam penciptaan etnik yang pelbagai sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Hujuraat, dapat dilihat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Hakikatnya, kerencaman dan kepelbagaian yang wujud menimbulkan keragaman yang berbeza dan boleh menimbulkan kecelaruan dalam sesebuah negara. Namun demikian, pendekatan yang bijaksana dan bersifat inklusif tanpa mengetepikan mana-mana kaum di Malaysia membolehkan negara ini kekal harmoni dan membangun dengan kepelbagaian yang ada. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Kesedaran Amalan Wakaf dalam Kalangan Anggota Angkatan Tentera Malaysia(Universiti Sains Islam Malaysia, 2019) ;Jalal, B. ;Ab Ghani, S. ;Ismail, A. S.Nordin, R.Dakwah Islamiah dalam Angkatan Tentera Malaysia telah bermula sejak penubuhannya pada tahun 1933 lagi dan terus di perkasa dengan penubuhan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) pada tahun 1985. Kertas ini membincangkan sejauh manakah tahap pengetahuan dan kesedaran tentang wakaf berdasarkan usaha-usaha dakwah dan pendidikan Islam yang telah dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia melalui program Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam Angkatan Tentera Malaysia atau DPMKI 9/91 yang telah diwartakan melalui Majlis Angkatan Tentera Malaysia sejak tahun 1991. Metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah kuantitatif serta analisis fapatan dengan menggunakan SPSS bagi menilai tahap pengetahuan dan kesiagaan kerohanian berdasarkan program yang telah dilaksanakan oleh KAGAT dan secara umumnya dapatan kajian meenunjukkan tahap pemhamanan serta pengamalan wakaf dalam kalangan anggota tentera masih di tahap yang rendah.