Browsing by Author "Norfazila Ab. Hamid"
Now showing 1 - 3 of 3
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Tinjauan Terhadap Unsur Kesopanan Dalam Sosiolinguistik Melayu(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2017) ;Nasimah Abdullah ;Lubna Abd RahmanNorfazila Ab. HamidTafsir Pimpinan Ar-Rahman merupakan satu terjemahan makna al-Quran ke Bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Syeikh Abdullah Basmeih. Terjemahan beliau telah diulang cetak beberapa kali dan yang terakhir adalah pada tahun 2013. Terjemahan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu khususnya di Malaysia ekoran cara terjemahan makna yang menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh pembaca. Penulisan ini akan mengkaji cara terjemahan Kata Ganti Nama Diri Arab ke Bahasa Melayu dengan memilih beberapa ayat al-Quran yang mengandungi dialog antara anak dan ayah dengan tujuan melihat kesesuaian cara terjemahan tersebut dengan konteks dan sosiolinguistik Melayu yang mementingkan unsur kesopanan dalam berinteraksi. Kajian ini adalah kajian perpustakaan dan menggunapakai pendekatan kualitatif. Pendekatan kualitatif ini menjurus kepada analisis teks iaitu "Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran". Berdasarkan dua belas (12) data yang dikaji,Syeikh Abdullah Basmeih tidak konsisten dalam meraikan unsur kesopanan dalam konteks sosiolinguiatik Melayu. Ini kerana terdapat sebahagian cara terjemahan adalah sesuai dengan konteks sosiolinguistik masyarakat Melayu walaupun terjemahannya secara harfiyyah adalah tidak sepadan. Manakala di sebahagian tempat yang lain cara terjemahan adalah tidak sesuai dengan konteks sosiolinguistik masyarakat Melayu kerana penggunaan kata ganti nama tertentu menggambarkan ketidaksopanan dalam konteks interaksi antara seorang anak dan ayah walaupun padanan terjemahannya adalah sesuai. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Terjemahan Al-Quran Ke Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Kata Panggilan Kekeluargaan(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, 2017) ;Nasimah Abdullah ;Lubna Abd. Rahman ;Norfazila Ab. HamidMurni Syakirah MusaMasyarakat Melayu Islam yang tidak ada latar belakang pengetahuan dalam bahasa Arab akan membaca dan merujuk kepada terjemahan makna al-Quran dalam bahasa Melayu sebagai salah satu usaha untuk memahami isi kandungan dan mesej yang terdapat dalam al-Quran. Apa sahaja yang dipaparkan dalam teks terjemahan yang mereka baca akan memberi kesan kepada tahap pemahaman mereka daripada mesej al-Quran. Tahap pemahaman pembaca teks terjemahan secara signifikannya akan dipengaruhi oleh unsur linguistik yang terkandung dalam teks sasaran yang menjadi rujukan mereka. Selain itu, penterjemahan juga perlu mengambilkira kepatuhan kepada peraturan sosiolinguistik sesebuah masyarakat kerana ia kadang-kadang menjadi ukuran kepada kesantunan berbahasa. Dalam hal ini, penterjemah bukan sahaja perlu melihat struktur morfologi dan sintaksis, malah mereka juga perlu memberi perhatian kepada unsur semantik dan keperihalan keadaan atau konteks sebelum memindahkan teks bahasa sumber ke bahasa sasaran. Oleh itu, kertas kerja ini cuba menganalisis penggunaan kata panggilan kekeluargaan dalam menterjemahkan kata ganti nama Arab ke bahasa Melayu dan membandingkan antara dua (2) teks terjemahan makna al-Qur'an ke bahasa Melayu dengan tujuan melihat kaedah yang digunakan oleh para penterjemah dalam usaha menyampaikan makna ayat al-Quran dan melihat kesesuaian terjemahan dengan konteks masyarakat Melayu daripada aspek sosiolinguistik. Dalam kajian ini, dua buah teks terjemahan yang dikaji adalah "Tafsir Pimpinan ar-Rahman" yang diterjemahkan oleh Abdullah Basmeih dan "al-Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan" yang diterbitkan oleh Yayasan Restu dengan hanya melihat ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi dialog antara Nabi Ibrahim a.s. dan ayahandanya. Berdasarkan data yang dikaji, tiada perbezaan yang ketara antara dua (2) teks terjemahan tersebut dari segi cara menterjemah kata ganti nama diri ke bahasa Melayu yang mana terdapat sebahagian cara terjemahan adalah sesuai dengan konteks sosiolinguistik masyarakat Melayu walaupun terjemahannya secara harfiah tidak sepadan. Ini membuktikan bahawa penterjemah tidak menggunakan pendekatan kata demi kata dalam menterjemah kata ganti nama diri kerana meraikan unsur kesopanan dalam konteks dialog antara ahli keluarga. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Terjemahan Kata Panggilan Kekeluargaan Dalam Wacana Al-Quran: Penjelasan Dari Perspektif Pragmatik(Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 2017) ;Nasimah Abdullah ;Lubna Abd RahmanNorfazila Ab. HamidDalam wacana al-Quran terdapat banyak penggunaan kata ganti nama diri. Kadang-kadang terdapat masalah pada padanan terjemahan harfiah Arab-Melayu dari sudut pragmatik kerana kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu boleh berubah apabila suasana dan keadaannya berubah. Hal ini kerana peraturan sosiolinguistik Melayu amat mementingkan penggunaan sistem panggilan dalam interaksi sesama ahli keluarga untuk menggambarkan unsur kesopanan. Dari perspektif pragmatik pula, khususnya teori relevan yang melihat terjemahan sebagai satu proses mental (kognitif), menterjemahkan kata ganti nama diri Arab kepada kata panggilan kekeluargaan dalam bahasa Melayu didapati memberikan kesan atau impak yang besar kepada proses inferens pembaca untuk membentuk satu kesimpulan seperti yang dihajatkan oleh penulis asal dalam teks sumber. Justeru kertas kerja ini akan memanfaatkan ilmu pragmatik khususnya teori Relevans yang digagaskan oleh Sperber dan Wilson (1995) bagi membuktikan bahawa penggunaan kata panggilan kekeluargaan dalam teks terjemahan makna al-Quran boleh menimbulkan rangsangan yang sangat besar bagi memberikan petunjuk yang jelas dalam proses penginterpretasian ayat oleh pembaca teks sasaran dan sekaligus menjanjikan relevans yang optimum. Oleh itu, jika penterjemah tidak menggunakan kata panggilan kekeluargaan dalam menterjemahkan kata ganti nama diri yang terdapat pada wacana al-Quran, maka pembaca tidak akan dapat memikirkan bentuk inferens yang betul bagi mencapai interpretasi yang relevan secara optimum. Akibatnya maksud yang tersirat pada teks sumber gagal disampaikan kepada pembaca teks sasaran.