Browsing by Author "Norizan Yusof"
Now showing 1 - 4 of 4
Results Per Page
Sort Options
- Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Faktor Terapeutik Kaunseling Kelompok dalam Meningkatkan Kesejahteraan Kendiri(Universiti Malaysia Pahang Publishing, 2023); ;Muhammad Nubli Abdul Wahab ;Mohd Ropizam Mohd Zainun ;Nor Hamizah Ab Razak ;Norizan YusofRezki Perdani SawaiKaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada diri setiap klien. Kemahiran kaunseling dalam perhubungan terapeutik antara kaunselor dan klien adalah sangat penting dalam mendorong perubahan diri klien. Justeru, kajian ini bertujuan meneroka elemen terapeutik dalam kaunseling kelompok yang dapat meningkatkan kesejahteraan kendiri. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi analisis kandungan terhadap artikel-artikel yang telah diterbitkan dalam pangkalan data seperti Scopus, Social Sciences Citation Index (SSCI) dan Science Direct. Sebanyak 45 artikel telah dipilih. Kajian ini telah mendapati bahawa terdapat lima faktor utama terapeutik yang membawa kepada kesejahteraan diri termasuklah sikap altruisme dan membantu, kemahiran insaniah, katarsis jiwa, kejeleketan kelompok dan pengkayaan maklumat serta nilai. Kesimpulannya, kajian ini secara langsung dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan kaunselor berkenaan pelaksanaan kaunseling kelompok yang perlu mengambil kira elemen terapeutik sebagai faktor yang dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Pembangunan dan Penilaian Instrumen Kesihatan Mental dan Kecerdasan Spiritual(USIM Press, 2023) ;Ahmad Muhaimin Mohamad ;Rohana Hamzah ;Paridah Mohd Ali ;Hadijah Ahmad ;Norizan Yusof ;Haslinda HashimMuhammad Salehan Alhafiz Mat WajarTinjauan literatur mendapati pelbagai instrumen digunakan bagi mengukur tahap kesihatan mental individu dan mengaitkannya dengan pelbagai perkara. Namun demkian, menggabungkan pelbagai instrumen soal selidik dalam satu kajian memungkinkan bilang item yang tinggi. Oleh itu, kaedah statistik analisis faktor dicadangkan untuk mengurangkan bilangan item pada masa sama meningkatan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Kajian ini bertujuan mengenal pasti susunan 69 item soal selidik termasuk kebolehpercayaan dari aspek kesihatan mental, kebahagiaan hidup, dan kecerdasan spiritual. Instrumen ditadbir dalam kalangan 500 pelajar sarjana muda bidang kejuruteraan salah sebuah universiti teknikal awam yang dipilih secara rawak sukarela. Pengukuran jawapan item menggunakan skala likert 5 mata. Pendekatan kuantitatif sepenuhnya diguna pada instrumen, pengukuran jawapan, dan analisis. Hasil ujian Kaiser-Meyer-Olkin Measure menunjukkan item-item sesuai bagi analisis faktor. Pengiraan total variance explained mendapati 3 faktor dicadangkan bagi item-item instrumen. Seterusnya keputusan rotated component matrik mencadangkan semua item disusun semula dengan 23 item asal disingkirkan. Analisis kebolehpercayaan memberikan nilai alfa Cronbach = 0.872 yang membolehkan semua item diterima. Perbincangan hasil analisis dan kajian tinjauan saling menyokong keperluan kajian rintis dan ujian kesahan sebelum penggunaan instrumen pada kajian sebenar berskala besar bagi tujuan pengukuran tahap kesihatan mental, kebahagiaan hidup, dan kecerdasan spiritual. Implikasi kajian membolehkan instrumen diyakini dan dipercayai digunakan bagi tema kajian yang sama. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Putus Cinta: Aplikasi Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku Mendepani Isu Konsep Kendiri RemajaIn an adolescent, the development phase causes a variety of conflicts. One of the most common problems among adolescents is the issue of love breakup. It can lead to the disruption of self-concept which eventually leads to a failure to overcome real problems. Hence, this study was conducted to explore the effectiveness of Rational Emotive Behavioral Therapy (REBT) to address the problem of self -concept among adolescents. This is a qualitative study using interview sessions as a study design. The study was based on a counseling case of a teenage female client who was going through a breakup. The client suffered from depression and feels inferior to her self -image and chooses to isolate herself from others. Thus, the Rational Emotive Behavioral Therapy (REBT) was utilized to reestablish the client's self -concept. REBT therapy enables the client to change the negative way of thinking to positive and rationalize her thinking to avoid her feeling depressed with the issue of the breakup. This is important in ensuring that the client successfully solves her problems and can give full commitment to her learning and responsibilities. - Some of the metrics are blocked by yourconsent settings
Publication Putus Cinta: Aplikasi Terapi Rasional Emotif Tingkahlaku mendepani Masalah Konsep Kendiri dalam Kalangan Remaja(Universiti Sains Islam Malaysia, 2021-09-22); ;Norizan YusofNor Hamizah Ab Razak